Peranan zakat dalam membasmi kemiskinan di Malaysia

Iklan
Gambar hiasan

Kemiskinan merupakan isu sejagat yang terus kekal segar dibahaskan merentas peredaran zaman tidak kira ekonomi itu di bawah sistem sosialis atau kapitalis. Isu kemiskinan kekal wujud sehingga hari ini walaupun pelbagai usaha telah dikerah selama ribuan tahun bagi mencari penyelesaiannya, jawapan yang benar–benar berkesan masih belum di temui.

Ekonomi Islam merupakan satu sistem ekonomi yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah bagi memastikan keadilan serta kesejahteraan masyarakat dapat dicapai. Salah satu solusi yang diperkenalkan oleh ekonomi Islam ialah zakat. Maksud zakat dari segi bahasa adalah bersih, suci, berkat dan berkembang. Manakala ,menurut syarak sebahagian harta tertentu diwajibkan oleh Allah SWT untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya .

Iklan
Iklan

Melalui pengagihan zakat yang sistematik, golongan asnaf, fakir dan miskin dapat dibantu dari segi kewangan, pendidikan, kesihatan dan keperluan harian .Walaupun institusi zakat sudah lama bertapak di Malaysia, namun bukan sahaja institusi zakat sahaja yang perlu memainkan peranan, namun masyarakat syarikat perniagaan dan pihak yang berkaitan juga turut memainkan peranan menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengeluarkan zakat. Zakat merupakan rukun ketiga dari lima rukun Islam dan ia juga merupakan salah satu di antara panji-panji Islam di mana Islam tidak boleh ditegakkan tanpanya.

Menurut Islam ,orang yang enggan membayar zakat boleh diperangi dan orang yang menolak kewajipan zakat adalah dianggap kafir. Zakat diwajibkan ke atas beberapa jenis harta dengan diletakkan beberapa syarat yang mesti dipenuhi. Syarat-syarat ini dibuat untuk membantu pembayar zakat agar dapat membayar zakat hartanya dengan rela hati sehingga matlamat sebenar zakat disyariatkan akan tercapai. Islam datang melengkapi kehidupan. Sistem pembasmian kemiskinan yang diwahyukan oleh Allah SWT bukan bersifat qat’ie kaedah perlaksanaannya, tetapi terbuka kepada ijtihad-ijtihad baharu sesuai dengan perubahan zaman dan ekonomi semasa. Apabila semua pihak telah memainkan peranan masing-masing Insyaallah pasti matlamat zakat akan dapat dicapai.

Iklan

Walaupun dengan bantuan zakat ni tidak mampu mengubah seseorang itu menjadi kaya, namun dengan harapan bantuan zakat yang diberikan dapatlah meringankan sedikit sebanyak beban kewangan dari golongan yang kurang berkemampuan ini dalam memenuhi

keperluan asas mereka. Tambahan pula dengan ketidaktentuan ekonomi dunia pada masa kini, pelbagai skim bantuan zakat yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membantu dalam pelbagai aspek dalam kehidupan.

Iklan

Antara salah satu bantuan yang disalurkan adalah bantuan pendidikan bagi meningkatkan mobiliti sosial golongan asnaf dan kurang berkemampuan. Pelajar yang kurang berkemampuan dapat sumbangan bantuan awal dan biasiswa bagi menyambung pelajaran di peringkat IPT dan elaun bulanan sepanjang tempoh pengajian bagi memudahkan tanggungjawab ibu bapa menyara anak -anak. Secara tidak langsung ia turut menjamin kerjaya untuk memperoleh peluang pekerjaan dan masa hadapan yang lebih cerah dalam jangka panjang.

Selain itu, hikmah disyariatkan zakat islam itu sendiri mampu membersihkan jiwa seseorang yang melakukan zakat dari sifat kedekut dan bakhil. Zakat ini merupakan ibadah yang dituntut dan penyebab untuk kita mendapat Rahmat Allah SWT dalam kehidupan Sebagaimana yang tertulis dalam A-Quran yang merakamkan permohonan doa Nabi Musa A.S. serta jawapan daripada Allah S.W.T. mengenai sifat rahmat-Nya yang sangat luas

"Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan di dunia ini dan di akhirat; sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada Engkau. Allah berfirman:"Azab-Ku akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka Aku akan menetapkannya (rahmat-Ku itu) untuk orang-orang yang bertakwa, yang mengeluarkan zakat, dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.".

(Surah Al-A'raf, Ayat 156)

Apabila seseorang yang berkemampuan menunaikan zakat, ia memupuk sifat empati dan kesedaran sosial yang tinggi. Golongan kaya akan lebih menyedari realiti kepayahan hidup yang didepani oleh golongan fakir dan miskin. Pada masa yang sama, ibadah ini melahirkan rasa syukur yang mendalam ke atas nikmat rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah SWT, kerana mereka menyedari bahawa di dalam harta mereka, wujudnya hak orang lain yang sedang berada dalam kedaifan.

Sifat Rahmat Allah tidak tuurun dalam bentuk wang secara langsung dari langit, sebaliknya disalurkan melalui pelbagai mekanisme yang telah ditetapkan dalam syariat islam seperti zakat, Apabila golongan yang berkemampuan menunaikan kewajipan zakat, mereka sebenarnya

bertindak sebagai pengantara dalam menyampaikan rahmat, rezeki dan nikmat Allah kepada golongan yang memerlukan. Konsep ini menunjukkan bahawa Islam bukan sahaja menekankan hubungan manusia dengan Allah (habluminallah) malah turut menitikberatkan hubungan sesama manusia (habluminannas) melalui amalan saling membantu dan mengambil berat terhadap kebajikan masyarakat.

Namun demikian, keberkesanan zakat sebagai alat pembangunan sosioekonomi amat bergantung kepada integriti dan ketelusan pihak yang diamanahkan untuk menguruskan dana tersebut. Sekiranya berlaku penyelewengan, matlamat zakat untuk membantu golongan yang memerlukan akan terjejas. Sebagai contoh, pada April 2026, negara dikejutkan dengan skandal penyelewengan dana zakat yang melibatkan penahanan tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah NGO oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kes tersebut dipercayai membabitkan dana berjumlah kira-kira RM230 juta yang sepatutnya dimanfaatkan untuk kebajikan golongan asnaf. Isu ini mencerminkan betapa pentingnya amanah dan tadbir urus yang baik dalam memastikan dana zakat sampai kepada penerima yang berhak.

Penyelewengan dana zakat bukan sahaja menyebabkan kehilangan sumber bantuan kepada golongan miskin, malah boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap institusi zakat. Apabila keyakinan masyarakat terhakis, kadar pematuhan pembayaran zakat juga berpotensi menurun, sekali gus mengurangkan jumlah dana yang dapat diagihkan kepada golongan asnaf.

Oleh itu, pengurusan zakat yang cekap, telus dan berintegriti amat penting bagi memastikan objektif zakat sebagai instrumen pembasmian kemiskinan dan pembangunan ummah dapat direalisasikan secara berkesan. Dengan kata lain, zakat yang diuruskan dengan baik bukan sahaja mampu memenuhi keperluan semasa golongan asnaf, malah berupaya mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih produktif dan berdikari pada masa hadapan.

Maklumat penulis:

1) Mahasiswa Tahun Dua Program Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) dengan Kepujian Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Awang Muhammad Danial bin Awang Sudiman (s74982)

2) Pensyarah Kanan merangkap Penyelaras Kursus Pengenalan kepada Ekonomi Islam UMT, Dr Jaharudin Padli