Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus dan MRSM Sesi 2027 dibuka 10 Julai hingga 14 Ogos! Ingat, jangan terlepas tarikh penting ini

Iklan
Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus dan MRSM bagi Sesi 2027 akan dibuka secara dalam talian mulai 10 Julai hingga 14 Ogos 2026. Murid Tahun Enam dan Tingkatan Tiga 2026 yang memenuhi syarat kelayakan serta berminat untuk memohon perlu menduduki PKSK mengikut jadual ditetapkan.

Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) merupakan antara institusi pendidikan yang menjadi pilihan ramai pelajar dan ibu bapa setiap tahun.

Kedua-dua institusi ini terkenal dengan persekitaran pembelajaran yang kondusif, kemudahan yang baik serta rekod kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah pelajar.

Iklan
Iklan

Tidak hairanlah persaingan untuk mendapatkan tempat di sini sentiasa sengit.

Malah, calon yang memohon perlu memenuhi syarat-syarat tertentu serta melalui proses pemilihan yang ketat sebelum berjaya menerima tawaran.

Iklan

Namun begitu, tiada salahnya untuk mencuba.

Mana tahu ada rezeki dan peluang menyambung pengajian di institusi yang diimpikan.

Iklan

Apa yang penting, pelajar perlu membuat persediaan sebaik mungkin dan berusaha sehingga ke penghujungnya.

Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus dan MRSM bagi Sesi 2027 akan dibuka secara dalam talian mulai 10 Julai hingga 14 Ogos 2026.

Murid Tahun Enam dan Tingkatan Tiga 2026 yang memenuhi syarat kelayakan serta berminat untuk memohon perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) mengikut jadual ditetapkan.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pelaksanaan PKSK bagi kemasukan Tingkatan Empat akan berlangsung pada 21 September hingga 1 Oktober, manakala PKSK bagi kemasukan Tingkatan Satu (12 hingga 22 Oktober).

PKSK merupakan antara syarat utama yang perlu dipenuhi oleh calon sebelum dipertimbangkan untuk kemasukan ke Sekolah Khusus.

Oleh itu, persediaan awal amat penting bagi membantu calon menghadapi pentaksiran tersebut dengan lebih yakin dan tenang.

Di sini, Sinar Bestari kongsikan lima tip persediaan sebelum menduduki PKSK:

1) Fahami format dan komponen ujian

Ketahui jenis soalan yang akan diuji serta bentuk pentaksiran yang digunakan supaya calon lebih bersedia semasa menjawab.

2) Ulang kaji secara konsisten

Jangan tunggu saat akhir. Tetapkan jadual ulang kaji harian bagi mengukuhkan penguasaan dalam pelbagai subjek.

3) Banyakkan latihan dan soalan percubaan

Latihan membantu calon membiasakan diri dengan bentuk soalan dan meningkatkan kemahiran pengurusan masa.

4) Jaga kesihatan dan waktu tidur

Pastikan mendapat rehat yang mencukupi supaya tubuh dan minda sentiasa cergas ketika menduduki ujian.

5) Berdoa dan yakin dengan kemampuan diri

Selain berusaha, jangan lupa berdoa dan sentiasa berfikiran positif. Keyakinan diri yang tinggi mampu membantu calon menjawab soalan dengan lebih baik.