Rektor UIAM, Osman Bakar dinobat Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

Iklan
Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah (tengah) yang juga Sultan Perak berkenan bergambar bersama penerima anugerah Tokoh Ma'al Hijrah, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar (dua, kiri) dan Dr Ahmad Al-Raysuni (dua, kanan) pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M di Masjid Putra.

Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pada majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448/2026 di Masjid Putra di sini hari ini.

Pada majlis sama, Pakar Fiqah Islam dari Maghribi, Dr Ahmad Al-Raysuni diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Iklan
Iklan

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang berkenan mengurniakan wang tunai, trofi dan sijil penghargaan kepada dua tokoh berkenaan.

Majlis sambutan tahun ini bertemakan 'MADANI Dihayati, Ummah Diberkati'. 

Iklan

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama isteri, Datin Ruziah Mohd Tahir serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. - Bernama

 

Iklan