'Catch Flag, Not Feelings', UiTM dedah pelajar sekolah kepada sukan flag football

Iklan
Melalui pelbagai sesi interaktif, demonstrasi dan aktiviti praktikal yang dijalankan, para peserta berpeluang mempelajari kemahiran asas, peraturan serta nilai-nilai penting yang diterapkan dalam sukan berkenaan.

Pelajar Semester 6 Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya menganjurkan program jangkauan pendidikan sukan Edurise Selangor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar pada 10 Jun lalu.

Program itu bertujuan memperkenalkan dan mempromosikan sukan flag football dalam kalangan pelajar sekolah menengah di samping menggalakkan penglibatan aktif dalam sukan, semangat kerja berpasukan, kepimpinan serta amalan gaya hidup sihat.

Iklan
Iklan

Melalui pelbagai sesi interaktif, demonstrasi dan aktiviti praktikal yang dijalankan, para peserta berpeluang mempelajari kemahiran asas, peraturan serta nilai-nilai penting yang diterapkan dalam sukan berkenaan.

Mengangkat tema Catch Flag, Not Feelings, program itu dirangka bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik sekali gus memberi motivasi kepada pelajar untuk meneroka peluang baharu dalam bidang sukan serta membina keyakinan diri melalui aktiviti fizikal.

Iklan

Inisiatif itu mencerminkan komitmen UiTM terhadap pembangunan sukan dan penglibatan komuniti dengan menghubungkan pengetahuan akademik kepada aplikasi dunia sebenar. 

Iklan

Pada masa sama, program tersebut turut memberi pengalaman berharga kepada pelajar Pengurusan Sukan dalam aspek perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan acara sukan sebagai sebahagian daripada pembangunan profesional mereka.

Sepanjang program berlangsung, pelajar SMK Sungai Besar menunjukkan semangat yang tinggi, kerjasama yang baik serta kesungguhan untuk mempelajari sukan baharu, sekali gus menyumbang kepada kejayaan keseluruhan program.

Penganjur turut merakamkan penghargaan kepada pihak pentadbiran sekolah, guru, sukarelawan dan para peserta atas sokongan serta komitmen yang diberikan.

Edurise Selangor dijangka mampu memberi impak positif terhadap perkembangan sukan flag football di peringkat akar umbi selain mengukuhkan hubungan antara institusi pengajian tinggi dan komuniti setempat.