UKM Santuni Warga ASiS Melalui Kembara Sihat 5.0

Iklan

Komitmen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam memperkasakan kesejahteraan masyarakat terus diterjemahkan menerusi penganjuran Program Jangkauan Komuniti (Kembara Sihat) 5.0 yang berlangsung dengan jayanya di Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS), Cheras.

Program anjuran Pusat Kajian Kesihatan Komuniti (ReaCH), Fakulti Sains Kesihatan (FSK) UKM itu turut mendapat kerjasama strategik daripada Unit Promosi Fakulti Sains Kesihatan, sekali gus memperkukuh usaha mendekati komuniti melalui pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.

Iklan
Iklan

Diperkenalkan sejak tahun 2019, Kembara Sihat merupakan program jangkauan komuniti yang menjadi program teraju (flagship) Pusat ReaCH. Inisiatif tersebut diwujudkan bagi menterjemahkan visi dan misi pusat berkenaan dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan berkualiti secara terus kepada komuniti sasaran, selain membuka ruang kolaborasi lebih luas dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.

Menerusi program itu, penekanan diberikan kepada pembudayaan gaya hidup sihat serta peningkatan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan secara holistik dalam kalangan masyarakat.

Iklan

Penganjuran Kembara Sihat 5.0 di ASiS kali ini digerakkan bagi mencapai empat objektif utama yang memberi manfaat kepada pelbagai pihak.

Iklan

Antaranya termasuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan secara percuma kepada seluruh warga sekolah yang merangkumi guru, kakitangan dan pelajar.

Selain itu, program tersebut bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dan langkah pencegahan penyakit.

Dalam masa sama, ia turut menjadi platform latihan praktikal kepada pelajar prasiswazah Fakulti Sains Kesihatan UKM bagi memenuhi sebahagian keperluan kursus akademik mereka, di samping memberi pengalaman lapangan sebenar melalui aktiviti khidmat komuniti.

Tidak ketinggalan, Kembara Sihat 5.0 turut menjadi medium promosi akademik dengan memperkenalkan 11 program pengajian prasiswazah yang ditawarkan di Fakulti Sains Kesihatan UKM Kampus Kuala Lumpur kepada pelajar ASiS.

Pendekatan itu dilihat mampu membantu pelajar sekolah mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang sains kesihatan serta prospek kerjaya yang boleh diceburi pada masa hadapan.

Apa yang membezakan Kembara Sihat 5.0 daripada program kesihatan biasa ialah gabungan elemen khidmat masyarakat dan pendidikan yang berjalan seiring.

Melalui penglibatan Unit Promosi FSK serta sokongan tenaga pengajar, pakar dan pelajar universiti, pelbagai aktiviti interaktif dan sesi konsultasi berjaya dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai dunia sains kesihatan.

Inisiatif itu sekali gus berjaya merapatkan jurang antara institusi pengajian tinggi dengan masyarakat, khususnya dalam memberi kefahaman mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan peluang pendidikan yang tersedia.

Penganjuran berterusan sejak tahun 2019 membuktikan komitmen UKM, khususnya Fakulti Sains Kesihatan, dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah memiliki nilai kemanusiaan, kepimpinan dan semangat kesukarelawanan yang tinggi.

Kembara Sihat dijangka akan terus diperluaskan ke lebih banyak lokasi pada masa hadapan dalam usaha membentuk komuniti yang lebih sihat, sejahtera dan berpendidikan.