SPRM perkukuh advokasi antirasuah kepada warga MRSM Dungun menerusi War Zon Timur

Iklan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus memperkukuh usaha advokasi antirasuah menerusi Program Wira Anti Rasuah (WAR) dengan menjelajah ke seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran dan penghayatan nilai integriti, khususnya dalam kalangan warga Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, KPKPj Samsul Salip memetik berkata, SPRM komited memastikan generasi muda memiliki prinsip diri yang kukuh, berintegriti dan menolak segala bentuk rasuah dalam kehidupan seharian.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pelaksanaan Program WAR MRSM Dungun pada Rabu yang melibatkan seramai 300 pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, serta 57 orang kakitangan MRSM ini, hasil kolaborasi strategik antara SPRM dan Unit Integriti MARA amat signifikan kerana institusi pendidikan MARA saban tahun melahirkan graduan cemerlang dalam pelbagai bidang bermula di peringkat sekolah.

Iklan

Program WAR Zon Timur kali ini turut menampilkan wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkongsi informasi berkenaan isu buli dalam kalangan pelajar.

Slot perkongsian berkaitan integriti dan antirasuah kepada pelajar pula disampaikan oleh PsK Zainab binti Abdul Malik.

Iklan

Turut diadakan sesi perkongsian bersama warga kerja MRSM dan MARA Negeri Terengganu dikendalikan oleh PsK Wan Noorul Hisyam Awang @ Nawi dengan melibatkan penyertaan pengetua dan wakil daripada MRSM Besut, MRSM Kuala Berang, MRSM Kota Putra, MRSM Kuala Terengganu, wakil TVETMARA Kemaman serta pegawai dari Pejabat MARA Negeri Terengganu.

Perasmian program disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA, Shahrizal Mohd Saderi.

Menariknya, MRSM Dungun merupakan MRSM ke-32 daripada 58 buah MRSM di seluruh negara yang terpilih melaksanakan Program Wira Anti Rasuah (WAR), sekali gus membuktikan komitmen berterusan MARA dan SPRM dalam membudayakan nilai integriti dalam kalangan pelajar.