Kegagalan adalah guru terbaik menuju kejayaan

Iklan
Datuk Jamalulail berkata, pengalaman menghadapi kegagalan merupakan antara pelajaran paling berharga yang mampu membentuk daya tahan, kematangan dan kebijaksanaan seseorang dalam mengharungi cabaran kehidupan.

Kegagalan tidak seharusnya dianggap sebagai noktah dalam kehidupan, sebaliknya menjadi proses pembelajaran penting dalam membentuk kejayaan pada masa hadapan.

Tokoh Korporat merangkap alumni Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Datuk Jamalulail Abu Bakar yang kini berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam berkata, pengalaman menghadapi kegagalan merupakan antara pelajaran paling berharga yang mampu membentuk daya tahan, kematangan dan kebijaksanaan seseorang dalam mengharungi cabaran kehidupan.

Iklan
Iklan

"It's okay to fail. Because failure will teach us how to become successful and failure is the real lesson," katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Syarahan Awam Kebitaraan Mahasiswa 2026 di Auditorium Sulaiman, UMT. 

Beliau berkata, mahasiswa perlu berani mencuba perkara baharu, bersedia menghadapi cabaran dan tidak mudah berputus asa apabila berdepan kegagalan.

Iklan

Menurutnya, kejayaan yang dicapai hari ini sering kali lahir daripada pengalaman jatuh bangun, kesilapan dan kegagalan yang pernah dilalui sebelum ini.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Profesor Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, universiti sentiasa komited memperkasakan mahasiswa melalui pelbagai inisiatif pembangunan diri, kebolehpasaran graduan dan pengalaman industri.

Iklan

"UMT memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk memperkasa mahasiswa selain membuka peluang mencari pengalaman kerja menerusi program Job on Campus yang membolehkan mahasiswa memperoleh pengalaman bekerja di samping menjana pendapatan tambahan," katanya.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan bukan sahaja membantu mahasiswa dari segi kewangan, malah meningkatkan kemahiran insaniah, disiplin kerja dan kebolehpasaran graduan sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.

Terdahulu, Program Syarahan Awam Kebitaraan Mahasiswa 2026 dianjurkan sebagai platform perkongsian ilmu, pengalaman dan pemikiran daripada tokoh-tokoh berpengaruh kepada mahasiswa secara langsung.

Melalui program tersebut, mahasiswa berpeluang mendengar pandangan serta pengalaman sebenar daripada individu yang telah berjaya dalam bidang masing-masing, sekali gus menjadi sumber inspirasi dan motivasi dalam membina masa depan yang lebih cemerlang.