Beri ruang siasatan dijalankan, jangan sebar maklumat tidak sahih - Menteri Pendidikan

Iklan
Menurut Fadhlina, PDRM telah mengambil segala langkah keselamatan yang diperlukan bagi mengawal keadaan, termasuk menahan suspek untuk membantu siasatan. Foto: Facebook Fadhlina Sidek

"Saya mohon orang ramai tidak menyebarkan berita palsu atau merekayasa fitnah memandangkan kes ini sedang disiasat oleh pasukan PDRM (Polis Diraja Malaysia).

"Terima kasih di atas perhatian semua. Rakaman penghargaan juga buat semua agensi yang terlibat." 

Iklan
Iklan

Demikian kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Perkongsian itu dibuat susulan kejadian seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor yang dilaporkan ditikam beberapa kali oleh seorang suspek menggunakan senjata tajam.

Iklan

Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan dan bahu sebelum menerima rawatan lanjut. 

Foto: Facebook Fadhlina Sidek

Iklan

Menurut Fadhlina, PDRM telah mengambil segala langkah keselamatan yang diperlukan bagi mengawal keadaan, termasuk menahan suspek untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, keutamaan ketika ini adalah memastikan mangsa mendapat rawatan perubatan yang sewajarnya selain menyediakan sistem sokongan psikososial kepada warga sekolah yang terkesan dengan insiden berkenaan.

Dalam hantaran sama, Fadhlina turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan berkaitan kes tersebut akan dikongsikan dari semasa ke semasa dengan kebenaran pihak berkuasa.