Buli siber dalam kalangan remaja

Iklan

Ilmu teknologi telah berkembang pesat pada era globalisai ini dan ianya telah membawa suatu perubahan dalam kehidupan sosial ini terutamanya di kalangan remaja. Aplikasi teknologi dan penggunaan media sosial seperti Instagram, Thread, Facebook dan WhatsApp telah menjadi rutin dalam kalangan remaja hari ini. Kita tidak menafikan kebaikan yang terdapat dalam media sosial namun apabila teknologi tidak digunakan di dalam kawalan ianya turut memberi kesan negatif di kalangan remaja.

Salah satu perkara negatif yang membimbangkan dikenalpasti dalam penggunaan teknologi ialah perlakuan buli siber. Buli siber berlaku secara berleluasa dan jika tidak dikawal boleh menjejaskan kesihatan mental dan kesejahteraan remaja. Berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (2021) juga buli siber merupakan satu amalan komunikasi yang bertujuan untuk mengancam, memberi gangguan atau sebarang penghinaan yang berterusan yang dilakukan melalui media sosial, telefon pintar, emeil, mesej teks (SMS), chatting atau permainan secara individu atau berkumpulan.

Iklan
Iklan

Penggunaan media sosial tanpa kawalan jadi faktor utama

Kita sedar bahawa media sosial menjadi keperluan kita pada hari ini. Namun, apabila teknologi digunakan tanpa kawalan ianya menjadi boleh menjadi faktor berlakunya buli siber. Pengguna media sosial boleh menggunakan masa yang ada bagi mengeluarkan kata-kata dan penulisan yang akan membawa kemudaratan kepada mangsa buli siber samada sedar ataupun tidak.

Iklan

Berdasarkan laporan UNICEF (2020) Malaysia berada di kedudukan keenam sebagai negara yang kuat berlakunya buli siber dari 28 negara yang diselidiki dan berada di kedudukan ke dua tertinggi di asia selepas China. Buli siber semakin membimbangkan apabila 28 peratus daripada 6953 remaja di Malaysia pernah menjadi mangsa buli siber dalam talian, dengan 43 peratus mengalaminya melalui permainan dalam talian, mesej peribadi dan aplikasi media sosial yang dilaporkan oleh ureport (2019) adalah Instagram (36%), Facebook (47%), pemesejan langsung (61%), Twitter (16%) dan Youtube (4%).Peratusan ini menunjukkan perlunya perhatian yang serius oleh semua pihak.

Remaja berdepan dengan tekanan emosi, gangguan mental, dan fizikal.

Iklan

Buli siber telah mendatangkan kesan buruk kepada emosi remaja. Mereka akan berasa rendah, malu dann tertekan dengan situasi yang berlaku. Akibat tekan emosi yang berlaku telah memberi kesan keapada fizikal pelajar akibat masalah gangguan sukar tidur, tidak lalu makan malah menjejaskan prestasi kehidupan remaja.

Perkara yang merisaukan lagi kebanyakan yang menjadi mangsa buli merasai rasa gelisah (anxiety) dan kemurungan (depression). Terdapat kajian terdahulu mangsa buli siber mempunyai risiko lebih tinggi mengalami kemurungan, masalah kesihatan mental dan kecenderungan membunuh diri berbanding mangsa buli tradisional. Perkara yang dirisaukan juga ialah terdapat juga kes apabila pengalaman menjadi mangsa buli memberi kesan yang mendalam kepada mangsa dan akhirnya membalas perbuatan tesebut kepada orang lain pula.

Selain itu, perkara yang membimbangkan juga ialah mangsa buli siber turut menghadapi masalah akademik apabila tidak hadir ke sekolah atas sebab tekanan dan malu. Remaja yang menjadi mangsa buli siber juga kurang berminat ke sekolah dan mengalami penurunan gred di sekolah serta sukar bagi mereka untuk fokus dalam pembelajaran. Situasi ini boleh menjejaskan masa depan remaja yang menjadi mangsa buli siber dan boleh membawa kepada mereka terus berhenti belajar.

Perkara yang merisaukan ialah apabila mengalami tekanan yang melampau, mangsa boleh merosakkan diri sendiri juga apabila terlibat dengan dadah dan alkohol. Di Malaysia, seorang pempengaruh tiktok yang mempunyai 30000 pengikut telah dilaporkan ditemui mati di rumahnya. Mangsa didapati telah dibuli secara buli siber apabila menerima komen kebencian bertalu-talu berhubung penampilan koleksi beg tangannya di media sosial tiga hari sebelum kejadian. Berkenaan tanggapan bahawa sesuatu perkataan itu hanya gurauan sebaiknya tidak berlaku. Ini kerana walaupun gurauan kata-kata negatif boleh merendahkan seseorang dan menjadikan mangsa berasa sangat tersinggung dan terkesan

Kerjasama semua pihak penting bagi membendung masalah buli

Ibu-bapa memainkan peranan penting bagi membantu remaja tidak terlibat dengan buli siber kerana kajian mendapat pembuli siber mempunyai hubungan yang lemah dengan ibu-bapa. Risiko untuk dibuli atau membuli meningkat apabila tidak mendapat pemantauan yang sewajarnya oleh ibu-bapa. Pengaruh rakan sebaya menjadi faktor remaja-remaja terjebak dengan buli siber apabila mereka cuba menagih perhatian dari kawan-kawan

Selain itu, pihak sekolah juga berperanan penting melaksanakan pelbagai program bagi memberi kesedaran dan mengelakkan buli siber dikangan remaja. Disamping itu, etika siber dan bahaya buli siber juga boleh diterapkan ke dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, bahasa melayu dan bahasa Inggeris.

Pendidikan daya tahan digital juga di peringkat sekolah juga mampu bertindak balas secara positif apabila berhadapan dengan gangguan dalam talian. Program sebegini mampu mendidik murid tentang keselamatan digital, kaedah mencegah diri menjadi pembuli dan mangsa buli, serta bersedia menghadapi hantaran yang berbaur kebencian. Bagi menangani buli siber di Malaysia, pelaku boleh dikenakan tindakan berdasarkan seksyen 211 dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan multimedia 1998 dengan denda yang dikenakan tidak melebihi RM50000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya

Kesimpulannya, buli siber semakin membimbangkan di kalangan masyarakat harini. Kelajuan teknologi menyebabkan aib dan maruah boleh tersebar dengan begitu cepat tanpa ada pengawasan. Oleh itu, semua pihak termasuk ibu-bapa, guru, dan masyarakat haruslah memainkan peranan masing-masing bagi membendung masalah buli siber sehingga meruntuhkan keharmonian di dalam negara. Remaja juga haruslah bijak menggunakan teknologi agar tidak terjerumus ke dalam buli siber yang membinasakan diri.

Maklumat penulis

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Siti Noor Akma Mat Ripin