KPM giat laksana persiapan Kurikulum Persekolahan 2027 - Fadhlina

Iklan
Fadhlina

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang giat membuat persiapan bagi Kurikulum Persekolahan 2027 yang akan dilaksanakan dengan melibatkan murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, persediaan bagi kemasukan awal murid Tahun Satu turut dilaksanakan di semua peringkat, selaras dengan usaha reformasi pendidikan negara berpandukan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.

Iklan
Iklan

"RPM 2026-2035 menjadi kompas hala tuju strategik dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan negara," katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Fadhlina berkata, Program TEKAD KPM peringkat daerah Seberang Perai Selatan menjadi jambatan menghubungkan kementerian itu dengan warga pendidikan serta masyarakat.

Iklan

Program berkenaan, katanya, membolehkan maklumat berkaitan dasar dan inisiatif kementerian disampaikan secara terus, sekali gus membina kefahaman lebih baik dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, agenda reformasi pendidikan hanya akan berjaya menerusi penglibatan menyeluruh dan sokongan semua pihak yang perlu bergerak seiring sebagai satu pasukan dalam usaha membina ekosistem pendidikan lebih baik untuk anak-anak Malaysia. - Bernama 

Iklan