Ujian Matriks Pembelajaran Tahun 4, jangan panik!

Iklan

Setiap kali sistem pendidikan memperkenalkan bentuk pentaksiran baharu, persoalan sama pasti timbul dalam kalangan guru mahupun ibu bapa.

Adakah ia akan menambah tekanan kepada murid atau pengganti kepada peperiksaan besar seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)?

Iklan
Iklan

Pelaksanaan Matriks Pembelajaran Tahun 4 turut mengundang pelbagai reaksi, khususnya sebaik sahaja ia dilaksanakan secara berpusat melibatkan hampir 40,000 murid di seluruh negara.

Namun, di sebalik kebimbangan itu, matlamat sebenar pentaksiran ini bukanlah untuk menghukum atau melabel kebolehan murid.

Iklan

Sebaliknya, menjadi instrumen diagnostik bagi mengenal pasti tahap penguasaan asas pembelajaran agar intervensi yang lebih tepat dapat dirancang demi memastikan tiada murid tercicir.

Minggu ini, Sinar Bestari akan memberikan pendedahan lebih mendalam tentang persoalan yang timbul.

Iklan

Jom, ulang kaji!