Pelajar Malaysia pertama sertai ROTC

Iklan
Perkongsian daripada Muhammad Izzahan dalam audio siar Bual Bestari baru-baru ini.

Perkongsian Muhammad Izzahan sarung seragam ketenteraan Amerika Syarikat

Bukan semua kejayaan bermula dengan laluan mudah dan tidak semua impian lahir daripada kehidupan yang sempurna.

Namun bagi bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang, Muhammad Izzahan Isman, setiap langkah yang diambil menjadi bukti bahawa disiplin, kecekalan dan keberanian mencabar diri mampu membuka pintu peluang hingga ke pentas antarabangsa.

Iklan
Iklan

Graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Michigan State University (MSU), Amerika Syarikat (AS) itu bukan sekadar mencatat kecemerlangan akademik, malah menyerlah sebagai pemimpin muda yang aktif menyertai pelbagai organisasi dan aktiviti pembangunan diri sepanjang pengajian.

Antara pencapaian paling membanggakan ialah apabila dia menjadi pelajar Malaysia pertama dan satu-satunya yang berjaya menyertai sebuah program kepimpinan berprestij, Army Reserve Offi cers Training Corps (ROTC) Cadet.

Iklan

Ia juga dikenali dengan latihan disiplin tinggi dan kebiasaannya disertai pelajar tempatan negara Uncle John itu.

"Bagi saya, pengalaman di universiti bukan sekadar mengejar keputusan peperiksaan, tetapi peluang untuk membina karakter, mengasah kepimpinan dan menguji kemampuan diri di luar zon selesa.

Iklan

"ROTC bukan program yang mudah. Setiap peserta perlu melalui latihan yang mencabar dari segi kepimpinan, pengurusan pasukan, strategi, komunikasi serta ketahanan mental dan fi zikal.

“Namun di situlah saya belajar menjadi seorang pemimpin yang lebih berani dan berdaya tahan," katanya.

Muhammad Izzahan, 22, berkongsi pengalaman itu dalam Bual Bestari: Cerita Masa Depan bertajuk ‘Kalau Saya boleh, awak Pun Boleh’ yang dihoskan Jeed Zulkefli dan disiarkan menerusi semua platform Sinar Bestari baru-baru ini.

Muhammad Izzahan

Bukan itu sahaja, pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Young Talent Development Programme (YTP) itu turut berkongsi bahawa dia pernah dilabelkan sebagai ‘pengintip’ dari Malaysia.

“Saya belajar tentang loghat, budaya dan memberitahu kawan-kawan bahawa perlu melaporkan diri ke negara selepas tamat belajar. Itulah yang menyebabkan mereka menganggap saya sebagai pengintip,” kongsinya.

Menurut Muhammad Izzahan lagi, berada dalam persekitaran yang kompetitif bersama peserta daripada pelbagai latar belakang bukan sesuatu yang mudah. Katanya, setiap hari menjadi medan untuk membuktikan kemampuan diri, menyesuaikan diri dengan budaya baharu dan mengekalkan prestasi pada tahap terbaik.

“Namun, cabaran inilah yang akhirnya membentuk keyakinan diri saya. Apa yang lebih membanggakan, saya berjaya membuktikan bahawa anak Malaysia juga mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pelajar antarabangsa.

“Saya juga mampu mengharumkan nama negara melalui kepimpinan, disiplin dan semangat untuk terus belajar,” ujarnya.

Jiwa pemimpin dari sekolah

Apabila ditanya tentang karakter dirinya, Muhammad Izzahan berkata, sejak di bangku sekolah rendah lagi, dia diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin.

Kongsinya, dia menjadi penolong pengawas di Sekolah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya dan meneruskan peranan sebagai Exco Disiplin ketika menuntut di SBPI Rawang.

Jeed Zulkefl i sebagai hos audio siar Bual Bestari: Cerita Masa Depan bertajuk 'Kalau Saya Boleh, Awak Pun Boleh'.

“Pengalaman memimpin rakan sebaya dan menguatkuasakan disiplin sedikit demi sedikit membentuk karakter kepimpinan. Ketegasan yang saya miliki bukan bertujuan untuk ditakuti tetapi menjadi asas kepada sikap bertanggungjawab, berintergriti dan berani membuat keputusan.

“Nilai inilah yang akhirnya membantu saya untuk menyesuaikan diri dalam latihan berintensiti tinggi seperti ROTC.

"Ia juga membuktikan bahawa seseorang pemimpin hebat dibentuk melalui disiplin yang konsisten sejak usia muda,” ujarnya.