Bakat tempatan, pentas dunia!

Iklan
Antara persembahan yang berlangsung di Anugerah Inspirasi Kokurikulum 2025.

Kejayaan pelajar Malaysia di persada antarabangsa bukti ekosistem kokurikulum lahir generasi berdaya saing, berkarakter dan bertaraf global

Kejayaan cemerlang diraih pelajar Malaysia di persada dunia membuktikan keberkesanan ekosistem kokurikulum pendidikan negara. 

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, penglibatan murid secara terancang dan tersusun dalam aktiviti kokurikulum terbukti berupaya membina jati diri serta melahirkan modal insan berdaya saing tinggi di peringkat antarabangsa. 

Iklan
Iklan

Fadhlina

“Kecemerlangan murid tidak dinilai dari segi akademik semata-mata, sebaliknya mereka mempunyai ruang yang cukup luas untuk terus membina potensi serta mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. 

Iklan

“Kejayaan hari ini adalah hasil langsung daripada keberkesanan ekosistem kokurikulum yang dibina bersama. Sekali gus membuktikan bahawa sokongan tidak berbelah bahagi serta bimbingan berkualiti mampu meletakkan anak-anak Malaysia berdiri sama tinggi di peringkat dunia,” katanya ketika merasmikan Anugerah Inspirasi Kokurikulum KPM 2025 baru-baru ini. 

Pemenang diiktiraf pada tahun ini!

Iklan

Fadhlina turut berkongsi rasa bangga atas pencapaian luar biasa para pelajar dalam pelbagai pertandingan di arena antarabangsa.