Isyaa Jasmine, Muhammad Adam diumum Tokoh NILAM Kebangsaan 2026, harumkan nama sekolah & negeri

Iklan
Muhammad Adam Irzaq (tengah) tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas meraih gelaran Tokoh NILAM Sekolah Menengah dalam Majlis Anugerah Tokoh NILAM Kebangsaan Tahun 2026.

Dua pelajar dari Perak dan Johor mengukir kejayaan apabila masing-masing dinobatkan sebagai Tokoh NILAM Kebangsaan 2026 sekali gus mengharumkan nama sekolah dan negeri menerusi pencapaian cemerlang dalam bidang literasi NILAM dan budaya membaca.

Isyaa Jasmine Sharishen dari Sekolah Kebangsaan (SK) Medini, Johor, dinobatkan Tokoh NILAM Sekolah Rendah manakala Muhammad Adam Irzaq Mohd Fatimie Irzaq dari Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak, merangkul gelaran Tokoh NILAM Sekolah Menengah.

Iklan
Iklan

Kejayaan itu diumumkan dalam Majlis Anugerah Tokoh NILAM Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung di Hotel Geno, Subang Jaya, Selangor pada Khamis.

Tokoh NILAM Sekolah Rendah dinobatkan kepada Isyaa Jasmine (tengah) atas kecemerlangan dan komitmennya dalam membudayakan amalan membaca serta menimba ilmu.

Iklan

Sebagai penerima anugerah utama, kedua-duanya membawa pulang trofi, sijil serta mock-up cek bernilai RM2,000 sumbangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bukan sekadar bergelar Tokoh NILAM Kebangsaan, Isyaa Jasmine turut membuktikan kehebatannya apabila menduduki tempat kedua Pertandingan Pembaca Bestari (Kategori Sekolah Rendah Bahasa Inggeris).

Iklan

Muhammad Adam Irzaq pula menambah koleksi kejayaan apabila meraih tempat ketiga Pertandingan Pembaca Bestari (Kategori Sekolah Menengah Bahasa Melayu). 

Majlis yang disempurnakan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad turut menjadi medan meraikan para pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam penguasaan ilmu dan budaya membaca.

Menurut Mohd Azam, tahun ini cukup istimewa apabila Program NILAM mencapai usia 25 tahun dalam usaha menyemai dan memperkukuh budaya membaca dalam kalangan murid.

"Malah, Peluncuran Buku 100 Tahun Buku Teks KPM pula amat bermakna kerana buku ini mendokumentasikan evolusi buku teks di Malaysia sepanjang satu abad, bermula sejak 1924, merentasi perubahan kurikulum, pendekatan pedagogi, bahasa, ilustrasi dan perkembangan teknologi.

"Penerbitan ini bukan sekadar merakam sejarah, tetapi menjadi khazanah dan sumber inspirasi untuk generasi akan datang, mengingatkan kita bahawa bahan pembelajaran sentiasa berkembang mengikut zaman, namun ilmu kekal menjadi asas pendidikan.

"Teruskan membaca, teruskan berfikir dan teruskan mencipta masa hadapan," katanya.

Sementara itu, sebanyak empat kategori utama dipertandingkan iaitu Pengkarya Muda, Video TV PSS, Pembaca Bestari dan Bicara Buku.

Setiap peserta yang terpilih telah menampilkan kreativiti, penguasaan ilmu dan kebolehan berkomunikasi sepanjang pertandingan berlangsung.

Berikut, Sinar Bestari kongsikan senarai pemenang dalam Majlis Anugerah Tokoh NILAM Kebangsaan Tahun 2026: 

Pengkarya Muda (Kategori Sekolah Menengah Bahasa Melayu)

  • Johan - Mohamad Edzraf Edward Rodhy Edward dari Sekolah Menengah Sains Labuan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan
  • Naib Johan - Ummu Darda Al Kubra Khairul Anuar (Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Perdana, Kelantan)
  • Tempat Ketiga - Maisarah Foo Fuad Syukri Foo Hoong Seng (SMA Dato' Klana Petra Maamor, Negeri Sembilan)

Pengkarya Muda (Kategori Sekolah Menengah Bahasa Inggeris)

  • Johan - Nur Imaney Qistina (SMK Rancha-Rancha WP Labuan)
  • Naib Johan - Aira Nuralicesya Ab Razak (SMK Palong Timur, Johor)
  • Tempat Ketiga - Gnesh Janarthan (SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Pulau Pinang)

Pertandingan Video TV PSS (Kategori Sekolah Menengah)

  • Johan - Nur Afrina Sofea Mohamad Mahros (SMK Seri Pekan, Pahang)
  • Naib Johan - Nur Irdina Mardi (SMK Bukit Rambai, Melaka)
  • Tempat Ketiga - Muhammad Nawfal Mokhles (SMK Agama Haji Mohd Yassin, Johor)

Pertandingan Video TV PSS Kategori Sekolah Rendah

  • Johan - Ilhan Ibrahim (SK Putrajaya Presint 5(1) WP Putrajaya)
  • Naib Johan - Nur Auni Batrisyia Kamal (SK Ayer Itam, Pulau Pinang)
  • Tempat Ketiga - Qaisara Muharrar Mohd Ridzwan (SK Bandar Jerantut, Pahang)

Pertandingan Bicara Buku (Kategori Sekolah Menengah Bahasa Melayu)

  • Johan - Putri Nur Auliya Muhammad Mudzakkir (SMK Nilai Impian, Negeri Sembilan)
  • Naib Johan - Siti Batrisyia Jusmine Amrie (SMK Ulu Kinta, Perak)
  • Tempat Ketiga - Nur Nabila Ayumi Anizam (SMK Tengku Suleiman, Perlis)

Pertandingan Bicara Buku (Kategori Sekolah Menengah Bahasa Inggeris)

  • Johan - Aleya Zuleqa Zelman Saliza (SMK Nilai Impian, Negeri Sembilan)
  • Naib Johan - Syaza Sorfina Muhammad Syahir (SMK Sultanah Asma, Kedah)
  • Tempat Ketiga - Auni Damia Ahmad Syarifuddin (SMK Hamzah, Kelantan)

Pertandingan Bicara Buku (Kategori Sekolah Rendah Bahasa Melayu)

  • Johan - Nur Aisyah Ariani Jufri (SK Pegagau, Sabah)
  • Naib Johan - Muhammad Iman Mohd Fazli (SK Saujana Utama Ijok, Selangor)
  • Tempat Ketiga - Muhammad Aisy Arsyad Khalilullah (SK Seri Ketereh, Kelantan)

Pertandingan Bicara Buku (Kategori Sekolah Rendah Bahasa Inggeris)

  • Johan - Yenissha Joy Suresh (SK Kampar, Perak)
  • Naib Johan - Raja Nur Intan Ariana Raja Zulkifli (SK Gemang, Kelantan)
  • Tempat Ketiga - Mohamad Saif Mikhael Zamir (SK St Francis, Melaka)

Pertandingan Pembaca Bestari (Kategori Sekolah Menengah Bahasa Melayu)

  • Johan - Shah Faheem Zikry Shah Abu Zar (SMK Putrajaya Presint 18(1) WP Putrajaya)
  • Naib Johan - Muhammad Al Amin Mohd Fairuz (SMK Taman Mutiara Rini 2, Johor )
  • Tempat Ketiga - Muhammad Adam Irzaq Mohd Fatimie Irzaq (Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak)

Pertandingan Pembaca Bestari (Kategori Sekolah Menengah Bahasa Inggeris)

  • Johan - Tang Zer Vee (SMJK Chung Ling Butterworth, Pulau Pinang)
  • Naib Johan - Nur Hana Bushra Che Ibrahim (SMK Agama Falahiah, Kelantan)
  • Tempat Ketiga - Daughtry Anthony Fong Je (SMK Labuan WP Labuan)

Pertandingan Pembaca Bestari (Kategori Sekolah Rendah Bahasa Melayu)

  • Johan - Mujahid Afeef Mohd Ariff (SK Putrajaya Presint 11(2) WP Putrajaya)
  •  Naib Johan - Nur Nasyifa Arzahar (SK Kampong Bahagia, Perak)
  • Tempat Ketiga - Muhammad Iftitah Ikhwan Norazlan (SK Tok Sera, Pahang)

Pertandingan Pembaca Bestari (Kategori Sekolah Rendah Bahasa Inggeris)

  • Johan - Vakshara V Kumaran (SK Convent 1 Bukit Nanas, WP Kuala Lumpur)
  • Naib Johan - Isyaa Jasmine Sharishen (SK Medini, Johor)
  • Tempat Ketiga - Jannatus Sakinah Naimurraihan (SK Bukit Mentok, Terengganu)