Misi Sihat Yakult @SK Pusat Jerteh: Menyemai kesedaran kesihatan, kreativiti dan gaya hidup sihat

Iklan
Misi Sihat Yakult @SK Pusat Jerteh bukan sekadar sebuah kempen, tetapi satu usaha membina generasi yang sihat, kreatif, aktif dan berdaya fikir.

Program Yakult Generasi Madani 2026: Yakult Dance Rope & Misi Sihat Yakult, terus diperkasakan menerusi pelbagai program kesedaran dan aktiviti kreatif yang melibatkan murid, guru, agensi kerajaan serta komuniti.

Inisiatif ini bukan sahaja memberi penekanan terhadap amalan pemakanan dan penjagaan kesihatan, malah menggalakkan kreativiti, kerjasama, kelestarian alam sekitar serta pembentukan gaya hidup sihat dalam kalangan murid.

Iklan
Iklan

Terbaharu, pelaksanaan Misi Sihat Yakult di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Jerteh, Terengganu digerakkan melalui empat fokus utama iaitu Kempen Kesedaran di Sekolah; Kempen Kesedaran Atas Talian; Gaya Hidup Sihat dan Seni untuk Semua.

Kreativiti mengubah bahan terbuang menjadi karya

Iklan

Salah satu pendekatan menarik yang diketengahkan ialah penggunaan botol Yakult terpakai sebagai medium pendidikan seni dan kreativiti.

Menerusi pelbagai program penghasilan arca, murid diberi peluang meneroka idea baharu dengan mengubah bahan terbuang kepada karya seni yang mempunyai nilai estetika dan pendidikan.

Iklan

Antara hasil kreativiti yang telah dihasilkan termasuk arca kapal terbang, robot, arca stabail, belon udara panas, pinggan sihat Malaysia serta pesawat ringkas menggunakan botol Yakult terpakai.

Selain itu, program penghasilan karya kreatif menggunakan teknik seni seperti teknik lingkaran dan picitan dalam penghasilan tembikar turut memberi ruang kepada murid untuk mengembangkan kemahiran motor halus, imaginasi dan apresiasi terhadap seni.

Kemuncak usaha ini diteruskan melalui pembikinan Bilik Showcase Yakult, yang menjadi ruang untuk mempamerkan hasil kreativiti murid serta mengetengahkan mesej kesedaran berkaitan kesihatan, kreativiti dan kelestarian.

Kesedaran digital mendekati generasi muda

Seiring perkembangan teknologi, Misi Sihat Yakult turut diperluaskan melalui kempen kesedaran secara dalam talian.

Kuiz Digital Yakult diperkenalkan sebagai salah satu medium interaktif bagi menyampaikan maklumat kesihatan dalam suasana pembelajaran yang lebih santai dan menyeronokkan.

Taklimat berkaitan kuiz digital turut diberikan kepada agensi kerajaan dan bukan kerajaan, selain dilaksanakan kepada murid mengikut kelas secara terperinci.

Pendekatan ini membolehkan mesej kesedaran kesihatan disampaikan secara lebih meluas dan mudah diakses.

Membudayakan gaya hidup sihat

Aspek kesihatan menjadi antara teras utama misi ini.

Pelbagai program telah dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan murid tentang pemakanan seimbang, penjagaan usus, kebersihan diri dan kesihatan pergigian.

Antara pengisian yang dijalankan termasuk penerangan mengenai Piramid Makanan, konsep Suku-Suku Separuh, cara membasuh tangan dengan betul serta kaedah menggosok gigi yang tepat.

Program-program ini turut mendapat sokongan dan penglibatan Kelab Doktor Muda serta pihak kesihatan daerah.

Aktiviti berbentuk hands-on turut dilaksanakan seperti menghasilkan karya bertemakan Healthy Plate, buku skrap Pinggan Sihat Malaysia serta aktiviti mengikut kategori makanan sihat.

Pendekatan ini membantu murid memahami konsep pemakanan sihat bukan hanya melalui penerangan, tetapi melalui pengalaman pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan.

Dalam aspek penjagaan pergigian pula, pelbagai program telah dilaksanakan termasuk Program My Brush Hour Kelab Doktor Muda Peringkat Kebangsaan 2026, Program Kesedaran Memberus Gigi Dengan Tepat bersama pihak kesihatan daerah serta Sambutan Jom Gosok Gigi Peringkat Kebangsaan 2026.

Murid turut terlibat dalam aktiviti mewarna poster dan menghasilkan mozek melalui kolaj bertemakan penjagaan gigi, sekali gus menjadikan mesej kesihatan lebih dekat dengan dunia kanak-kanak.

Seni untuk semua: Kreativiti sebagai medium kesedaran

Misi Sihat Yakult turut memberi penekanan terhadap aspek seni dan kreativiti melalui pelbagai program yang melibatkan murid serta warga sekolah.

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk penyampaian hadiah kepada pemenang Ucapan Hari Guru 2026 secara dalam talian; pertandingan swafoto bersama Yakult secara kreatif; Bengkel Kreativiti Digital menggunakan Microsoft 2026 serta program Yakult Generasi MADANI, Yakult Dance Rope dan Misi Sihat Yakult Peringkat Negeri Terengganu 2026.

Penglibatan murid dalam Latihan Intensif Tarian Tali Yakult di SK Pusat Jerteh pula menggabungkan unsur pergerakan fizikal, seni persembahan, disiplin dan kerjasama berpasukan.

Aktiviti ini membuktikan bahawa mesej gaya hidup aktif dan sihat boleh disampaikan melalui pendekatan yang menyeronokkan serta dekat dengan minat murid.

Membina generasi sihat dan kreatif

Secara keseluruhannya, pelaksanaan Misi Sihat Yakult di SK Pusat Jerteh telah membuka ruang kepada murid untuk belajar tentang kesihatan melalui pendekatan yang lebih kreatif, interaktif dan bermakna.

Daripada menghasilkan arca menggunakan botol terpakai, menyertai kuiz digital, mempelajari pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri, sehinggalah melibatkan diri dalam aktiviti seni dan tarian, setiap program membawa mesej yang sama kesihatan merupakan tanggungjawab bersama dan boleh diterapkan dalam kehidupan seharian dengan cara yang menyeronokkan.

Misi ini diharapkan dapat terus menyemai kesedaran dalam kalangan murid untuk mengamalkan gaya hidup sihat, menghargai alam sekitar, berani berkreativiti serta menjadi individu yang aktif dan prihatin terhadap kesihatan diri dan komuniti.