Di sebalik kejayaan Hakim Danish Ramli di litar, terselit kepakaran Muhammad Firdaus Mukhazir yang memastikan jentera perlumbaan sentiasa berada pada tahap terbaik.
Kehebatan anak GIATMARA Subang ini membuktikan kemahiran teknikal juga mampu membawa nama Malaysia ke pentas dunia.