KTETM 'sapu' beberapa anugerah terbaik, kini mara ke pentas kebangsaan

Iklan
Di bawah bimbingan guru pembimbing, Noormarina Abdullah, pasukan KTETM tampil yakin dan berjaya merangkul Johan Negeri Sembilan bagi Anugerah Moderator Terbaik, Anugerah Panel Terbaik serta Anugerah Konsep Terbaik.

Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz (KTETM), Negeri Sembilan terus melakar kejayaan apabila merangkul pelbagai anugerah dalam Pertandingan Telaah Karya Sasterawan Negara dan Impromptu Speech Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 baru-baru ini.

Pertandingan berkenaan menghimpunkan sembilan sekolah dari seluruh Negeri Sembilan dengan format lapan peserta bagi setiap kumpulan.

Iklan
Iklan

Di bawah bimbingan guru pembimbing, Noormarina Abdullah, pasukan KTETM tampil yakin dan berjaya merangkul Johan Negeri Sembilan bagi Anugerah Moderator Terbaik, Anugerah Panel Terbaik serta Anugerah Konsep Terbaik.

Kejayaan itu sekali gus melayakkan pasukan KTETM mara ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 15 Oktober 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Iklan

Tidak terhenti di situ, pasukan KTETM turut mencatat kejayaan dalam acara Impromptu Speech apabila empat peserta di bawah bimbingan Mohd Irman Harun berjaya meraih Johan Anugerah Panel Terbaik. 

Iklan

Wakil peserta, Khalidah Hisyam berkata, kejayaan itu memberikan rasa gembira dan bangga kepada seluruh pasukan.

"Terima kasih kepada guru-guru yang membimbing kami dalam pertandingan ini. Ini adalah hasil usaha keras," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Zainab Abu Kassim menzahirkan rasa bangga terhadap kesungguhan dan usaha gigih yang ditunjukkan semua peserta.

"Pertandingan ini bukan sekadar pentas untuk meraih kemenangan, tetapi wadah untuk para pelajar mendalami dan menghayati karya sastera yang ditelaah, sekali gus memperkukuh apresiasi terhadap warisan sastera negara," katanya ketika menyempurnakan majlis perasmian pertandingan berkenaan.  

Terdahulu, Pertandingan Telaah Karya Sasterawan Negara dan Impromptu Speech Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 dianjurkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan sokongan JPNS.

Penganjuran pertandingan berkenaan turut membuka ruang kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran berkomunikasi, meningkatkan keyakinan diri dan menghayati karya serta warisan sastera negara.