SD Guthrie bawa perpaduan ke SMK Jeram!

Iklan
Sesi bergambar bersama akhbar Sinar Harian dan kibaran Jalur Gemilang bagi mengakhiri program Riuh Sekolahku Merdeka. JURUGAMBAR: ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR

Semangat Hari Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram, Kuala Selangor, Selangor semakin terasa dengan kehadiran SD Guthrie yang membawa pelbagai aktiviti menarik buat warga sekolah.

Gelak tawa dan sorakan 300 pelajar bersama guru-guru mewarnai program, sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan serta kecintaan terhadap negara dalam suasana penuh ceria. 

Iklan
Iklan

Perarakan masuk tetamu kehormat diringi pelajar berbilang kaum. JURUGAMBAR: ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR

REAKSI

Iklan

1)"Saya belajar bahawa pelbagai bangsa di Malaysia membuatkan rakyat kita lebih unik. Kawan-kawan semua gembira dengan kehadiran SD Guthrie di sekolah ini.

Penting juga untuk kita mengenali SD Guthrie supaya generasi ini mengetahui bagaimana minyak dikeluarkan, macam mana prosesnya dan sebagainya." - Shathiswaran Sarawanamuthu, 15

Iklan

2)"Kalau kita tengok program hari ini, saya faham yang sebenarnya kita nak eratkan lagi perpaduan. Bangsa Cina, Melayu dan India semua berkumpul di satu tempat. Kita nyanyi sama-sama, kibarkan Jalur Gemilang dan masa itu memang terasa satu perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.

Saya juga baru sedar tentang peranan SD Guthrie. Selama ini kita tahu kelapa sawit, sabun, minyak sawit dan macam-macam produk yang kita gunakan setiap hari. Kita tak terfikir pun, banyak benda yang dekat dengan kita sebenarnya berkait dengan industri sawit." - Myra Zahra Sofea S Rosle, 17 

Dari kiri Shathiswaran dan Myra Zahra Sofea. JURUGAMBAR: ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR

3)"Setiap kaum sebenarnya boleh bekerjasama dan hidup secara harmoni. Walaupun kita berbeza latar belakang, kita tetap boleh bersama-sama untuk bina kehidupan yang lebih baik dalam Malaysia.

Saya belajar banyak perkara baharu tentang program ini dan industri sawit. Bukan sahaja belajar tentang perpaduan, tetapi juga mengenai peluang yang ada dalam industri tersebut." - Tee Yi En, 16

4)"Bagi saya, perkara paling penting yang saya belajar hari ini ialah semangat kemerdekaan itu perlu ada dalam diri setiap remaja. Kita kena faham bahawa walaupun berbeza kaum dan latar belakang, tetap boleh hidup bersama dan saling menghormati. 

Generasi sekarang memang perlu tahu perkara ini dari awal. Sebab suatu hari nanti, kami yang akan masuk ke alam pekerjaan. Kalau kita ada pengetahuan dan kemahiran yang betul, boleh cari peluang kerja yang lebih baik, bina masa depan dan pada masa sama bantu tingkatkan ekonomi negara." - Zulaikha Nadhirah Abdullah, 14 

Dari kiri Tee Yi En dan Zulaikha Nadhirah. JURUGAMBAR: ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR
 

JURUGAMBAR: ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR