Momen yang diabadikan...

Iklan

Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2026 yang diadakan untuk menghargai bakat muda menerusi karya terbaik, telah diraikan dalam majlis penuh gilang gemilang dengan pelbagai persembahan yang menceriakan suasana.

Daripada persembahan bertenaga murid sekolah rendah, keunikan bakat pelajar Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Sungai Judah sehinggalah kemunculan istimewa penyanyi popular, Nabila Razali.

Iklan
Iklan

Pentas kemuncak festival di Hotel Premiere, Bukit Tinggi, Klang, Selangor pada Khamis lalu, ternyata sarat momen yang mencuri perhatian.

Iklan

Sorakan, tepukan dan gelak tawa mengiringi setiap persembahan, menjadikan acara penutup bukan sekadar majlis meraikan pemenang, tetapi kenangan manis buat seluruh peserta serta guru yang hadir dari segenap pelosok negara.

Jom kita imbas kembali detik-detik menarik, aksi spontan dan wajah-wajah ceria yang mewarnai kemuncak festival paling dinanti-nanti warga pendidikan negara! 

Iklan