Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 supaya menghadapi peperiksaan dengan hati yang tenang dan penuh keyakinan.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau mendoakan segala urusan calon SPM dipermudah dan setiap usaha yang telah dicurahkan membuahkan hasil yang membanggakan.
"Percayalah pada kemampuan diri, manfaatkan segala ilmu yang telah dipelajari dan berikan yang terbaik dalam setiap jawapan.
"Jaga kesihatan, cukupkan rehat dan jangan lupa mohon restu serta doa daripada ibu bapa dan guru-guru yang sentiasa mendoakan kejayaan anda," katanya.
Iklan
Peperiksaan bertulis SPM 2026 bermula hari ini dan akan berlangsung hingga 17 Dis. - Bernama
Iklan