Kemahiran perlu diasah, bakat semula jadi bukan sandaran utama

Iklan
1147874
"Tidak dinafikan, kemahiran melukis merupakan bakat semula jadi dan bagi mereka yang betul-betul berminat dalam bidang ini sekiranya tidak mempunyai bakat tetapi berlatih setiap hari nescaya satu hari nanti akan menjadi seorang pelukis berjaya."Itulah reaksi Hanafi Shafie seorang pelukis komik tempatan sebaik sahaja diajukan persoalan bolehkah mereka yang tidak mempunyai bakat melukis tetapi ingin menjadi pelukis?Bagi Hanafi atau lebih dikenali dengan panggilan Napie, bakat bukanlah sandaran utama dalam apa juga perkara yang melibatkan kemahiran tetapi ia bergantung kepada kesungguhan dan latihan yang dilakukan.BACA JUGA: Tak pandai melukis? Jangan putus asa, bakat boleh diasahIni kerana menurut anak kedua daripada enam adik beradik itu, kemahiran yang sedia ada perlu diasah supaya ia menjadi semakin baik dari hari ke hari.Jadi katanya, jangan berhenti melukis.Napie yang kini banyak menerima tempahan untuk melukis doodle bercerita, perjalanan kisahnya dalam dunia seni bermula sejak di bangku sekolah.Tidak mewarisi darah seni daripada mana-mana ahli keluarga, di awal pembabitannya, Napie tidak menafikan pernah meniru karya pelukis lain dalam usaha mengasah bakat sedia ada.[caption id="attachment_24005" width="300"] Teknologi hari ini turut membantu mempromosikan karya Napie ke peringkat antarabangsa.[/caption]Katanya, tidak salah meniru kerana ia merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan lebih dijadikan sebagai rujukan."Penglibatan saya di dalam industri ini kerana minat dan selalu membaca kartun-kartun yang ada sebelum ini seperti Ujang, Gila-Gila, Apo? dan banyak lagi."Daripada situ ia bukan sahaja membuatkan diri ini berkobar-kobar untuk menjadi seorang pelukis terkenal tetapi ia juga boleh menjadi kerjaya hebat dan boleh memberikan sumber pendapatan."Pada awalnya bermacam-macam cara saya usahakan untuk memantapkan lagi kemahiran melukis dan alhamdulillah hari ini ia menjadi kerjaya tetap," ujarnya yang memiliki ijazah dalam bidang Seni Reka Grafik dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK).KreatifTambahnya, untuk berjaya menjadi seorang pelukis komik, seseorang itu bukan sahaja mesti berkemahiran dalam bidang lukisan tetapi mereka juga perlulah seorang yang kreatif untuk menghasilkan cerita.Jelasnya, ini kerana lukisan komik sebenarnya adalah gabungan antara lukisan dan juga cerita sekiranya tiada kandungan cerita, lukisan yang dilukis 'kosongtarget="_blank"'>Aku, Dia dan Bujang: Edisi Terhad Volume SatuBujang & Kawan-kawan: Edisi Khas Penang Mai!!Aku, Dia dan Bujang: Edisi Terhad Volume DuaAku, Dia dan Bujang: Repackaged Edisi Terhad Volume SatuAku & Dia!Aku, Dia dan Bujang No. 3100% Bujang KartunGunung Nasi Lemak (bersama Kopi Soh)Kucing Aku Jatuh Cinta!!Lelaki Gula-gula Kapas & Gadis LolipopTangan KiriLem-PitKucing OsemKita KawanKita Kawan: Edisi Khas Comic FiestaBujang Kartun No. 4Kucing Aku Pergi SekolahBujang Kartun No. 5Komik Kaset 1 hingga 5Sembelit No. 1Sembelit No. 2Aku Napie (Satu Kenangan)Komik Gelabah No. 1-6Garaj KomikPedal To MetalPsychotic Art ZineBangkit Zine