Pelajar Jurusan Perakaunan ditawarkan dermasiswa 1 juta

Iklan
acca2v2
Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) bersama 17 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terkemuka di Malaysia telah bekerjasama melancarkan Kursus Asasi Perakaunan (FIA) menerusi kempen ACCA ‘FIA-1-Million’.Kempen ini diadakan sebagai usaha khusus untuk membantu 1,000 pelajar Malaysia bagi mencapai impian dan kerjaya mereka dalam sektor perakaunan dan kewangan serta tidak terkecuali pelajar yang terjejas akibat pandemik Covid-19.Sehubungan itu, 17 Rakan Pembelajaran ACCA bersedia menaja sejumlah pelajar lepasan sekolah dalam usaha memperoleh kelayakan perakaunan bertaraf dunia.[caption id="attachment_24569" width="300"] Profesion perakaunan masih kurang mendapat sambutan di Malaysia. - Gambar hiasan[/caption]Menurut Ketua ACCA Maritime Asia Tenggara, Edward Ling, profesion perakaunan masih kurang mendapat sambutan di Malaysia.Oleh itu katanya lagi, jalinan kerjasama dengan sektor-sektor pendidikan, kerajaan dan majikan-majikan adalah usaha mencapai matlamat negara untuk melahirkan 60,000 orang akauntan bagi menyokong transformasi negara.

"Memandangkan hampir kesemua syarikat di Malaysia memasang hasrat mewujudkan pasaran yang lebih besar bagi memperoleh kejayaan serantau manakala syarikat multinasional pula menganggap Malaysia sebagai batu loncatan ke Asia Tenggara, maka kami telah menumpukan sepenuh perhatian terhadap golongan muda dalam membentuk tenaga kerja yang berkepakaran dan profesional demi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mantap pada masa akan datang.

Tambahnya, dengan peningkatan ramai tenaga kerja dalam sektor perakaunan, keadaan ekonomi negara yang berubah-ubah akan kekal kompetitif sebagai sebuah negara yang maju.Sehubungan itu, Kajian Keadaan Ekonomi Global ACCA dan IMA (GECS) menunjukkan ekonomi sejagat semakin pulih dari segi keyakinan, tempahan, pekerjaan dan perbelanjaan.Kajian yang melibatkan 1,000 akauntan kanan dan professional kewangan dari seluruh dunia ini merekodkan lonjakan terbesar dari segi keyakinan ekonomi, pada suku pertama tahun ini  sepanjang 12 tahun pelaksanaannya.GECS konsisten dengan pandangan bahawa ekonomi dunia mempunyai peluang yang baik untuk mencapai kembali tahap aktiviti sebelum pandemic pada akhir tahun ini. Oleh itu, pelajar-pelajar di seluruh negara terutamanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau mengenai pendaftaran dermasiswa boleh menghubungi Rakan Pembelajaran ACCA bermula 22 Jun lalu hingga 31 Disember 2021.Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau untuk membuat permohonan Kursus Perakaunan ACCA (FIA) pula, pelajar boleh layari https://www.accaglobal.com/my/en/student/FIA.html.