AKPK dan UniSZA jalin kerjasama program penempatan industri secara maya

Iklan
WhatsApp Image 2021-08-13 at 8.26.39 PM
Dalam mendepani pandemik Covid-19, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bersama Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah memulakan projek perintis yang dikenali sebagai Virtual Internship Program.Inisiatif ini muncul berikutan kesukaran pelajar diterima menjalani latihan industri dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.Dalam usaha untuk memastikan pelajar mendapat pendedahan industri yang diperlukan sebagai persediaan mereka di alam pekerjaan, inisiatif ini tidak sekadar memenuhi hasil pembelajaran yang ditetapkan, malah mampu membentuk pelajar yang celik kewangan.Lebih-lebih lagi dalam suasana masa kini, tekanan kewangan muncul antara masalah yang dominan dalam kalangan masyarakat.Bagi merealisasikan projek perintis ini, seramai sembilan pelajar Ijazah Sarjana muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dipilih mengikuti program ini secara maya yang dijalankan selama 12 minggu.Baca juga Membanggakan! 4 pelajar Malaysia kuasai tempat teratas peperiksaan ACCA dunia Baca juga Ibu ayah risau dengan penguasaan akademik anak-anak? Ikuti cara ini supaya PdPR lebih berkesanPelajar didedahkan dengan modul pendidikan kewangan, khidmat nasihat kewangan dan program pengurusan kredit AKPK.Tugasan dan projek berasaskan masalah yang berkait dengan aktiviti dan operasi AKPK menjadi fokus utama inisiatif ini.Pelajar akan menempuh pembelajaran berasaskan pengalaman industry secara maya.Mereka diharapkan turut sama membantu AKPK membudayakan pengurusan kewangan berhemah dalam kalangan masyarakat terutamanya diri sendiri dan keluarga masing-masing. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir, kewujudan AKPK selama 15 tahun telah menjadi jenama yang dipercayai oleh isi rumah untuk penyelesaian masalah pengurusan kewangan.Baca juga Alumni MRSM berjaya ikuti PhD berkembar, ikuti tip yang dikongsikan di sebalik kejayaan ituSetakat ini, AKPK telah membantu hampir 1.2 juta individu melalui nasihat kewangan dan daripada jumlah tersebut, lebih daripada 337,000 telah mengambil bahagian dalam Program PengurusanKredit (PPK).Ikuti juga kami di:Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/Twitter: https://twitter.com/GPSBestariYoutube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/Hampir 36,000 dari mereka yang menyertai PPK telah berjaya melunaskan tunggakan yang berjumlah lebih daripada RM1.7 bilion.Dari aspek pencegahan pula, hampir tujuh juta rakyat Malaysia telah mendapat manfaat daripada pelbagai intervensi pendidikan kewangan AKPK sejak penubuhannya.