Dr Habibah tinjau persiapan SMK Seri Serdang sebelum sekolah dibuka

Iklan
Dr Habibah tinjau persiapan SMK Seri Serdang sebelum sekolah dibuka

KETUA Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM), Dr Habibah Abdul Rahim, semalam, meninjau persiapan pembukaan semula sekolah di SMK Seri Serdang, Selangor.

Menerusi catatan beliau yang dipetik dalam laman Facebook Dr Habibah Abdul Rahim, beliau berkata, susulan daripada pelancaran Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah pada 4 Jun 2020 dan diikuti oleh pengumuman tarikh pembukaan sekolah oleh Menteri Kanan Pendidikan, sekolah-sekolah telah memulakan persediaan rapi bagi memastikan keselamatan murid dan warga sekolah terjamin.

Iklan
Iklan

"Syabas warga SMK Seri Serdang. Insya-Allah saya akan meluangkan lebih masa untuk meninjau persediaan sekolah-sekolah lain dalam masa yang akan datang," katanya.

Iklan

Iklan

Sumber: Facebook Dr Habibah Abdul Rahim