SK LKTP Pemanis 1, tetap adakan sambutan kebangsaan walaupun secara maya. Semangat!

Iklan
photo1628812044
Beberapa hari lagi, kita akan menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-64 dan masih mengekalkan tema sama iaitu ‘Malaysia Prihatin’.Pastinya pada ketika ini, kebanyakan sekolah sedang mengadakan pelbagai program bersempena Bulan Kebangsaan untuk menerapkan semangat dan nilai patriotisme dalam kalangan diri murid-murid.Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Pemanis 1, Segamat, Johor, misalnya, tidak terkecuali menganjurkan aktiviti menarik sepanjang Ogos ini walaupun hanya diadakan secara dalam talian."Kita mahu, pengisian sepanjang bulan kemerdekaan ini diisi dengan pelbagai perkara manfaat."Sekurang-kurangnya, murid-murid ini dapat memahami dan mengetahui dengan jelas tentang sejarah yang berlaku pada negara," katanya kepada GPSBestari.Cikgu Nurul Izni berkata, beberapa aktiviti melibatkan guru-guru, murid Tahun Satu hingga Tahun Enam, murid Pendidikan Khas dan Prasekolah telah disediakan.Ikuti juga kami di:Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/Twitter: https://twitter.com/GPSBestariYoutube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/"Antaranya, pertandingan bangkitkan nostalgia sambutan Hari Kebangsaan, video pendek, kuiz kemerdekaan dan poster kemerdekaan. Berkaitan cara menyertai pertandingan, kata Cikgu Nurul Izni, murid-murid hanya perlu membuka pautan Google Classroom dan membaca syarat-syarat yang telah disertakan."Kami mengalu-alukan penyertaan daripada mereka. Ini kerana, hadiah lumayan akan diberikan kepada pemenang setelah sesi persekolahan dibuka nanti," jelasnya.Terdahulu, pelancaran Bulan Kebangsaan bagi sekolah ini telah diadakan secara live, 8 Ogos lalu menerusi YouTube Channel TV PSS SK LKTP Pemanis 1 https://youtu.be/PnejrcStD4w.Semua guru dan murid yang mengikuti siaran langsung tersebut berpeluang menyaksikan video memori sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2017 – 2021 menerusi https://youtu.be/bgHA2lY98dw yang dihasilkan Cikgu Nurul Izni selaku penyelaras Bulan Kebangsaan.Mereka juga berpeluang menonton bermacam-macam aktiviti dan pertandingan kemerdekaan yang telah dijalankan secara maya sepanjang Ogos ini.Baca juga Sisi positif penggunaan gajet, beri peluang pelajar teroka konsep baharu PdPBaca juga Pemergian secara mengejut, dunia pendidikan kehilangan ramai guru-guru berkaliber dan berhati muliaDalam pada itu, menurut Guru Besar, Cikgu Helmyazizul, aktiviti yang dilaksanakan dapat memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid."Selain sebagai pemangkin, ia juga untuk memupuk semangat patriotik dan menjalinkan hubungan mesra serta kerjasama dalam kalangan guru-guru dan murid," ujarnya.