Untitled
Untitled

Pemergian secara mengejut, dunia pendidikan kehilangan ramai guru-guru berkaliber dan berhati mulia

Roshlawaty Md Raieh
16 Aug 2021 10:15pm
A
A
A

Setiap hari, kedengaran nama demi nama daripada kalangan guru-guru di Malaysia yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Hati cukup sebak dan sayu bila gugurnya sebilangan besar wira-wira pendidikan ini secara mengejut.

Apatah lagi, mereka yang mempunyai talian silaturahim yang rapat dengan guru-guru berkenaan. Allah, bagaikan hilang terus tempat untuk bergantung.

Menerusi akaun Twitter bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, beliau telah berkongsi data daripada Facebook Kami Guru Malaysia (KGM) berkenaan kematian guru.

“Saya diberikan senarai guru-guru yang telah meninggalkan kita akibat Covid-19 yang bermula dari 30 Julai sehingga 15 Ogos 2021.

“Saya yakin di luar sana masih terdapat ramai lagi yang saya tidak tahu. Semoga mereka semua diberkati di negeri abadi, aminn,” tulisnya pada Twitter.

Susulan perkongsian daripada Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, GPSBestari menjengah Facebook KGM dan mendapati ada antara guru-guru yang meninggal dunia itu bukan disebabkan pandemik Covid-19.

Baca juga (Siri 1) Pernah dijangkiti Covid-19, ini catatan dan luahan hati Cikgu Ahmad Zhafran untuk rakyat Malaysia. Sebak! 

Baca juga Pembukaan semula sekolah pada September sangat berisiko – EMIR Research

“Ingin saya nyatakan, bukan semua yang meninggal disebabkan Covid-19,” tulis admin KGM.

Sementara itu, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dengan kematian guru-guru yang berkaliber dan disayangi ramai ini.

“Al-Fatihah (dibaca) untuk rakan guru yang telah pergi lebih awal daripada kita. Moga Allah kurniakan syurga sebagai ganjaran atas pengorbanan, perkongsian ilmu serta tunjuk ajar yang telah mereka berikan. Moga ilmu yang ditinggalkan menjadi sungai pahala yang tiada hentinya hingga akhir zaman,” tulis Azizah Adznan.

“Salam takziah, Ya Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, jadikan syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berikan kesabaran kepada ahli keluarganya,” tulis Dzuna Kasri.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

“Tahun ini memang ramai rakan guru yang telah pergi selamanya. Salam takziah buat semua ahli keluarga guru-guru ini. Semoga mereka menerima ujian dengan reda dan sabar," tulis Salina Salih.

Kami di GPSBestari mengucapkan takziah kepada guru-guru yang gugur. Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman disisiNya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan