Pelajar Malaysia masih ketinggalan dalam kemahiran digital - Coursera

Iklan
1039195 (1)
Malaysia berdepan keperluan mendesak bagi merapatkan jurang kemahiran semasa dengan lebih pantas seiring usahanya untuk merancakkan agenda ekonomi digital, menurut Laporan Kemahiran Global Coursera.Laporan tersebut mendedahkan, walaupun para pelajar di Malaysia secara relatifnya lebih mahir dalam kemahiran digital seperti Pengkomputeran Awan dan Analisis Data, namun wujudnya jurang kemahiran yang ketara meliputi kemahiran Perniagaan, Teknologi dan Sains Data.Menurut Pengarah Urusan Coursera - India dan Asia Pasifik (APAC), Raghav Gupta, kadar transformasi kemahiran di Malaysia adalah lebih lambat daripada kadar transformasi digitalnya, seperti mana di beberapa negara lain di seluruh dunia.Baca juga: Pengalaman menjadi sukarelawan PPV asah kemahiran kendiri mahasiswaBaca juga: Membanggakan! 4 pelajar Malaysia kuasai tempat teratas peperiksaan ACCA dunia"Pelajar-pelajar di Malaysia disarankan untuk melabur dalam kemahiran insaniah dan teknikal demi mempersiap siagakan diri untuk alam pekerjaan masa hadapan," ujarnya. Bidang Sains Data berdasarkan indeks yang serupa mencatatkan kecekapan 52 peratus, sekali gus meletakkan Malaysia hanya sedikit di hadapan Indonesia dan Thailand yang masing-masing merekodkan pencapaian sebanyak 46 peratus dan Filipina (44 peratus).Biarpun terdapat desakan di seluruh negara untuk memupuk generasi bakat Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) yang baharu, kemahiran-kemahiran utama seperti Kejuruteraan Perisian, Matematik dan Pengaturcaraan memperoleh markah kurang daripada 50 peratus dalam penanda aras laporan berkenaan.Bagaimanapun, Pengkomputeran Awan dan Analisis Data dilihat sebagai kemahiran utama untuk transformasi digital yang dipacu pandemik.Pelajar-pelajar Malaysia sebenarnya telah mempamerkan kecekapan yang tinggi dalam kedua-dua kemahiran tersebut masing-masing pada 91 dan 79 peratus, sekali gus mencerminkan peningkatan golongan profesional teknikal berkemahiran tinggi di negara ini.Meskipun kecekapan dalam Pembelajaran Mesin berada pada tahap 50 peratus, Malaysia menyaksikan lebih ramai pelajar memilih pembelajaran dalam talian untuk melengkapkan diri dengan kemahiran masa hadapan.Ikuti juga kami di:Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/Twitter: https://twitter.com/GPSBestariYoutube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/Dalam pada itu, trend tertinggi dalam kalangan pelajar Malaysia merangkumi Pengaturcaraan Python, Pembelajaran Mesin, Internet Pelbagai Perkara (IoT) dan Pengurusan Data malah perkara ini menunjukkan Malaysia berada pada landasan yang baik dalam penguasaan teknologi baharu.Pada keseluruhannya, Malaysia masih dianggap kompetitif dengan kecekapan 57 peratus dalam ketiga-kita bidang tersebut, dan menduduki tempat ke-46 di peringkat global serta keempat di Asia Tenggara.