Perak agih RM1.8 juta kepada sembilan sekolah persendirian Cina

Iklan
mbperak
IPOH - Sebanyak RM1.8 juta bantuan pendidikan diagihkan oleh kerajaan negeri Perak kepada sembilan Sekolah Persendirian Cina (SUWA) di negeri itu bagi membantu mengurangkan kekangan kewangan pengurusan yang dihadapi sekolah-sekolah tersebut ketika pandemik Covid-19.Menteri Besarnya, Datuk Saarani Mohamad berkata, bantuan tersebut adalah sebahagian daripada peruntukan RM8.1 juta kepada pelajar sekolah kebangsaan, sekolah mubaligh, sekolah vernakular dan SUWA seperti diumumkan dalam Bajet Perak 2021 pada Disember tahun lalu."Ini adalah komitmen berterusan kerajaan negeri sejak bertahun-tahun dalam membantu sekolah persendirian selain meluluskan remitan cukai tanah dan tunggakan cukai tanah pada kadar norminal RM10 per lot setahun," katanya.Saarani berkata demikian dalam sidang media secara maya selepas menyampaikan cek sumbangan bantuan pendidikan SUWA kepada wakil sekolah tersebut baru-baru ini.Menurutnya, peruntukan ini diharap dapat membantu pihak pengurusan sekolah membiayai program pendidikan demi kebaikan guru dan pelajar dalam keadaan pandemik Covid-19 yang menjejaskan sistem persekolahan sejak hampir dua tahun. - BERNAMA