Maszlee tegur kain rentang sekolah tidak guna bahasa Melayu

Iklan
Maszlee tegur kain rentang sekolah tidak guna bahasa Melayu

Iklan
Iklan

IPOH - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberi teguran kepada sebuah sekolah di Ayer Tawar, Manjung, Perak kerana tidak menggunakan bahasa Melayu dalam kain rentang sekolah.

Iklan

Teguran itu dibuat menerusi hantaran di ruangan komen Instagram milik Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming pagi semalam.

Iklan

Beliau menegaskan, poster berkenaan perlulah ditulis menggunakan bahasa kebangsaan memandangkan jata negara turut digunakan.

Dalam pada itu, Kor Ming ketika dihubungi berkata, kain rentang berkenaan bukanlah poster rasmi daripada pihak sekolah.

Menurutnya, dalam versi rasmi dinyatakan secara jelas makluman program dalam bahasa Melayu dan Cina.

"Bahasa kebangsaan dipaparkan dengan jelas dalam bunting rasmi, ini membuktikan semua pihak menghormati bahasa kebangsaan,” katanya.