9 Kesan Gajet Kepada Perkembangan Anak Anda

Iklan
onur-binay-_RpPMkqTTTg-unsplash (1)

Ketika pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), gajet merupakan antara alat yang wajib ada bagi setiap pelajar. Jika tidak, agak sukar untuk anak-anak kita belajar dengan sempurna.

Iklan
Iklan

Namun ia bukanlah alasan untuk ibu bapa membiarkan penggunaan gajet secara berterusan kepada anak-anak sehingga selepas waktu luar kelas. Hal ini kerana penggunaan gajet yang tidak dikawal boleh mengundang kesan negatif.

Iklan

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Iklan

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

1. Ganggu Perkembangan Otak

Banyak kajian telah menunjukan bahawa penggunaan gajet yang terlalu kerap boleh mendatangkan kesan negatif terhadap fungsi otak kanak-kanak. Antara masalah yang mungkin akan mereka hadapi adalah seperti masalah kognitif gangguan pelajaran, defesit perhatian, peningkatan impulsif dan lain-lain.

Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya meluangkan masa untuk mengadakan aktiviti bersama anak-anak seperti membaca, bercakap dan juga bermain bersama mereka. Itu lebih baik daripada membiarkan mereka terus lalai bersama gajet.

[caption id="attachment_25368" width="600"] ©unsplash[/caption]

2. Masalah Penglihatan

Kanak-kanak sebenarnya tidak digalakkan terdedah dengan alat elektronik lebih dari dua jam. Ini adalah untuk mengelakkan implikasi serius terhadap penglihatan mereka.

Terdapat kajian yang menunjukan kebertergantungan yang tinggi pada gajet boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian mata, seperti mata menjadi merah dan juga tahap penglihatan akan menjadi merosot. Justeru, Ibu bapa dinasihati mengawal penggunaan gajet supaya masalah ini dapat diatasi.

3. Obesiti

Masa yang dihabiskan terlalu lama di hadapan gajet akan menyebabkan kurangnya pergerakan, jadi tiada pembakaran kalori yang berlaku.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah obesiti selalunya akan menghadapi pelbagai komplikasi seperti diabetes, serangan jantung, dan juga strok. Jadi ibu bapa perlulah sentiasa mengajak anak-anak untuk beriadah bagi mengurangkan risiko obesiti.

Pandemik bukan alasan untuk tidak beriadah, kerana banyak juga aktiviti riadah yang boleh dilakukan di dalam rumah.

[caption id="attachment_25369" width="600"] ©unsplash[/caption]

4. Hilang Fokus

Tahukah anda bahawa kanak-kanak yang sering menggunakan gajet akan menyebabkan pembelajarannya terganggu. Kanak-kanak tidak boleh memberi tumpuan yang lama terhadap apa yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Kadar masa fokus juga menjadi singkat iaitu lebih kurang 4 saat berbanding dengan kanak-kanak yang tidak bermain gajet di dalam kelas iaitu 13 minit.

Masalah hilang fokus ini merisaukan guru kerana akan berlaku masalah kawalan kelas. Murid yang tidak memberi fokus akan mengganggu kawan dan sebagainya.

5. Kurang Bersosial

Pada usia mereka yang setahun jagung ini, mereka sangat memerlukan rakan-rakan untuk berkomunikasi. Jadi apabila mereka terlalu asyik dengan gajet, mereka akan menjadi sukar untuk berkawan dan bersosial.

Oleh itu luangkan masa untuk membawa anak ke taman permainan untuk dia bermain dan menjauhkan dirinya dari dunia elektronik buat seketika.

Baca juga:Menjaga kesihatan ketika musim panas, guru dan pelajar perlu amalkan 6 tip penting ini!

Baca juga: Krisis adab semakin menipis punca pelajar hilang minat dalam pelajaran – Syamsul Debat

6. Kurang Tidur

Ketagihan bermain gajet akan menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Lebih teruk lagi, ada sebilangan ibu bapa menggunakan gajet sebagai alat untuk menidurkan anak. Perbuatan sebenarnya akan menyebabkan mereka terbiasa dengan gajet dan akan memberontak jika tidak diberi gajet sebelum tidur.

[caption id="attachment_25370" width="600"] ©unsplash[/caption]

Melayan video atau permainan dalam gajet boleh membuat mereka terlelap dan ibu bapa boleh melakukan kerja-kerja rumah tanpa gangguan. Perkara ini harus dihentikan demi menjaga kesihatan anak-anak.

7. Masalah Postur Badan

Cuba lihat postur badan kanak-kanak yang ketagihan gajet, pasti berbeza bukan.

Ini kerana penggunaan gajet yang perterusan akan menyebabkan masalah sakit belakang dan juga masalah lain yang berkaitan.

Postur duduk yang salah akan menyebabkan sakit leher. Sakit leher dan punggung pada usia kanak-kanak akan memberi kesan sehingga mereka dewasa.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membuatkan para ibu bapa mengawal penggunaan gajet di kalangan anak-anak. Mereka adalah amanah dan perlu dijaga dengan baik.

Sumber: RootofScience.com