Serabut lihat peti e-mel yang penuh? Ikuti cara ini untuk memadam secara serentak

Iklan
maxim-ilyahov-0aRycsfH57A-unsplash
Cikgu-cikgu mesti pernah berdepan situasi apabila buka e-mel untuk cari latihan yang dihantar oleh murid-murid, tapi susah betul nak jumpa.Maklumlah, banyak sangat e-mel tidak berguna yang masuk ke dalam peti mel, sampai tenggelam semua latihan yang dihantar oleh anak murid. Semua e-mel tersebut selalunya adalah e-mel promosi yang mungkin tidak akan dibuka pun.Nak padam pula leceh, takut ambil terlampau banyak masa. Tapi jangan risau, hari ini GPSBestari akan menunjukkan cara padam semua e-mel tersebut secara serentak.1. Cara padam semua e-mel yang sudah atau belum dibaca di GmailSebenarnya anda boleh memilih e-mel jenis apa yang mahu dipadam, iaitu e-mel yang sudah dibaca atau belum dibaca. Untuk melakukannya, pastikan buka Gmail anda melalui komputer.-Log masuk ke akaun Gmail-Pergi ke bar carian di bahagian atas, kemudian taip label: read untuk lihat semua e-mel yang sudah dibaca, atau label: unread untuk e-mel yang belum di baca.-Seterusnya, pada kotak kecil di atas kiri, pilih all untuk padam semua e-mel itu.-Kemudian tekan select all conversations that match this search untuk padam semua e-mel termasuk di halaman lain-Akhir sekali tekan ikon tong sampahIkuti juga kami di:Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/Twitter: https://twitter.com/GPSBestariYoutube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/2. Cara padam e-mel promosi yang ada di GmailE-mel jenis ini selalunya dihantar oleh syarikat kepada para pengguna, tujuannya tak lain selain untuk menjual produk. Namun, e-mel tidak akan masuk ke tab utama tetapi secara automatik akan masuk ke tab promotions. Untuk memadam semua e-mel tersebut, ikuti langkah di bawah:Log masuk ke akaun Gmail kemudian tekan tab Promotions pada bahagian atas, bersebelahan dengan tab SocialKemudian, pilih all pada kotak kecil sebelah simbol refresh.-Untuk memadam semua e-mel dalam kategori ini termasuk di halaman lain, klik Select all conversations in Promotions.-Seterusnya, tekan ikon tong sampah. Selesai.3. Silap padam? Masih ada di Trash"Alamak, aku terpadam sekali e-mel yang penting la!"Kadang-kadang pasti perkara tersebut berlaku, tapi jangan risau kerana semua e-mel tersebut akan dipindahkan ke Trash terlebih dahulu. Hanya perlu pergi ke menu Trash yang terletak di sebelah kiri, kemudian anda boleh selamatkan ia semula.Namun, perlu dingatkan bahawa semua e-mel yang ada di situ untuk 30 hari sahaja, sebelum ia dihapuskan secara kekal.Baca juga: Negara negara di dunia yang anda jarang dengar, jom ambil tahuBaca juga: Antara cadangan pertandingan dan aktiviti sempena bulan kemerdekaan. Cikgu-cikgu boleh cuba buat!Diharapkan perkongsian ini dapat membantu menguruskan e-mel dengan lebih efisien. Selepas ini, anda boleh sudah padam semua e-mel yang anda tidak perlukan lagi secara sekali gus, tanpa memakan masa yang lama.Sumber: SoyaCincau