Untitled design
Untitled design

Antara cadangan pertandingan dan aktiviti sempena bulan kemerdekaan. Cikgu-cikgu boleh cuba buat!

Roshlawaty Md Raieh
19 Aug 2021 02:45pm
A
A
A

Berikutan penularan jangkitan Covid-19 masih membimbangkan, program sekolah seperti aktiviti bersempena kemerdekaan sepanjang bulan Ogos perlu diadakan secara dalam talian seperti tahun sebelumnya.

Sebahagian besar sekolah dilihat sedang dan telah pun menganjurkan pelbagai pertandingan dan aktiviti kemerdekaan dalam suasana norma baharu.

Biarpun secara online, namun penyertaan murid dan pelajar dalam setiap pertandingan amat menggalakkan.

Satu pujian wajar diberikan kepada warga pendidik yang bertungkus lumus menjayakan bermacam-macam program untuk anak-anak didik mereka.

Di sini, GPSBestari senaraikan pertandingan dan cadangan aktiviti untuk pihak sekolah adakan menerusi online.

Semoga ia dapat membantu guru-guru yang mungkin masih tercari-cari contoh pertandingan atau aktiviti untuk dibuat.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Ini panduannya.

Cadangan pertandingan dan aktiviti sempena bulan kemerdekaan

1. Pertandingan nyanyian lagu patriotik

2. Pertandingan kuiz Hari Kebangsaan

3. Pertandingan mendeklamasi sajak kemerdekaan

4. Pertandingan melukis poster Hari Kebangsaan

5. Pertandingan mewarna

6. Pertandingan fotografi

7. Pertandingan melukis kartun atau karikatur tokoh merdeka

8. Pertandingan pakaian bertema Hari Kebangsaan / Jalur Gemilang

9. Pertandingan pantun Hari Kebangsaan

10. Pertandingan 'selfie' sempena Hari Kebangsaan

Baca juga Pengetua kelapan SSBJ kongsi formula lahirkan atlet murid bertaraf dunia, tak sangka ini rahsianya!

Baca juga Penjagaan suara kalangan guru-guru, ini tip penting yang perlu dititikberatkan

11. Pertandingan sudut kemerdekaan

12. Pertandingan melukis batik

13. Pertandingan sukan warisan / tradisional (gasing, wau)

14. Pertandingan menghasilkan buku skrap tentang sejarah kemerdekaan

15. Pertandingan menghias basikal

16. Pertandingan drama sebabak / patriotisme

17. Pertandingan tarian tradisional

18. Pertandingan menghias kelas

19. Pertandingan memasak masakan tradisional

20. Pertandingan teka silang kata kemerdekaan

21. Pertandingan menulis esei

22. Pertandingan hasilkan video pendek kemerdekaan

23. Pertandingan membina replica / tugu kebangsaan

24. Majlis pelancaran bulan kemerdekaan

25. Solat hajat / bacaan yasin sempena bulan kemerdekaan

Baca juga 9 tip mudah cara Cikgu Herryan Syah. Guru hebat pun pernah guna langkah ini, menjadi!

Baca juga ‘Bos aku ni tidak pernah bagi arahan tapi ayatnya “Minta tolong ya cikgu-cikgu, kita pakat buat no”

26. Mengantung / menghasilkan kain rentang kemerdekaan

27. Ceramah tentang tokoh-tokoh kemerdekaan secara dalam talian

28. Melakonkan situasi Hari Kemerdekaan

29. Hasilkan bendera dari bahan terbuang (botol, tin)

30. Tayangan filem / video kemerdekaan (Sarjan Hassan dan sebagainya)

31. Pameran sejarah

32. Laungan Hari Kemerdekaan

33. Gantung Kain Rentang

34. Memakai pakaian tradisional

35. Majlis penutupan sambutan kemerdekaan

INFO

1) Erti merdeka bermaksud kebebasan daripada sebarang belenggu - Pakar Sejarah Universiti Sains Malaysia, Dr Nazarudin Zainun.

2) Dari konteks bahasa pula, merdeka bermaksud berubah-ubah.

3) Dulu, merdeka merujuk kepada merdekanya seorang hamba tetapi, sejak adanya penjajahan, erti kemerdekaan telah berkembang menjadi besar baik dari segi makna mahupun tindakan.

4) Pengertian kemerdekaan bagi generasi muda adalah memastikan kemerdekaan yang dikecapi terus kekal melindungi agama, bangsa dan negara.

5) Tema sambutan Hari Kebangsaan ke-64 ialah Malaysia Prihatin.

6) Rasional atau keterangan Logo Hari Kebangsaan 2021:

a) Logo Berbentuk Hati: Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum

b) Warna Biru Tua: Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni

c) Bulan Sabit: Islam sebagai agama rasmi Persekutuan

d) Bintang Pecah 14: Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan

e) Tujuh Jalur Merah Putih Berbentuk Hati Menjadi Latarnya: Terjalin keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan

f) Stigma Bunga Raya: Membawa negara menuju ke mercu kejayaan

g) Lima Titik Merah: Sebagai simbolik kepada lima kelopak bunga raya yang menggambarkan lima prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan berbilang bangsa dan masyarakat pelbagai kaum.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok