UiTM Dengkil meriah sambut Hari Malaysia secara maya

Iklan
Untitled (21)

DENGKIL – Bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga kampus, Pusat Asasi UiTM Dengkil telah mengadakan sambutan Hari Malaysia 2021 yang bertemakan"Malaysiaku Tercinta” secara maya, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Program yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Kolej, Staf Residen Kolej (SRK) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Pusat Asasi UiTM ini sangat signifikan dalam memastikan warga UiTM, mahupun staf atau pelajar tetap bersemangat untuk menyambut Hari Malaysia walaupun bukan secara fizikal.

Iklan

Sambutan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube Pusat Asasi UiTM dan mendapat lebih 6,000 tontonan ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Asasi UiTM, Profesor Dr Saifollah Abdullah.

Iklan

Turut hadir, Pengetua Kolej Kediaman Pusat Asasi UiTM, Mahadi Kamaludin dan barisan pengurusan eksekutif, staf serta para pelajar.

Prof Saifollah berkata, sebagai rakyat Malaysia, setiap orang mesti menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana melalui penghayatan tersebut ia akan terus menaikkan semangat kecintaan kepada tanah air tercinta.

"Dalam mengharungi norma baharu ini, kita tetap melaksanakan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini walaupun dibuat secara maya supaya ia dapat memupuk sifat keprihatinan dalam diri, komuniti dan rakan-rakan kita," kata beliau.

Sementara itu, Mahadi berkata, walaupun program pada kali ini mungkin tidak semeriah sambutan yang diadakan secara fizikal, pihak penganjur tetap menyusun pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan daripada staf dan para pelajar bagi memeriahkan lagi acara yang dibuat secara maya.

Pelbagai aktiviti telah dirangka oleh penganjur antaranya adalah tayangan video"Selamat Hari Jadi Malaysia”, persembahan nyanyian lagu ‘Sehati Sejiwa’, zapin dan tarian tradisional Sabah oleh pelajar-pelajar UiTM.

Lebih mencuit hati apabila satu tayangan video ‘bloopers’ turut diadakan bagi berkongsi kisah di sebalik takbir yang berlaku sepanjang kesemua video persembahan itu ditayangkan.

Antara aktiviti lain yang turut diadakan adalah slot forum bertajuk –"Saya Bangga Menjadi Anak Malaysia”, menampilkan panel-panel seperti Timbalan Pengarah Pusat Asasi, Dr Ikhwan Naim Md Nawi, selebriti Haikal Farid dan pelajar Pusat Asasi UiTM, Nur Aqila Awatif.

Forum yang berlangsung selama satu jam setengah ini membincangkan topik-topik yang menarik serta menumpukan sejauh mana perasaan bangga dan cinta setiap individu menjadi seorang rakyat Malaysia.