SJKT Mak Mandin mula satu sesi tahun ini

Iklan
SJKT Mak Mandin mula satu sesi tahun ini

Iklan
Iklan

BUTERWORTH - Selepas 47 tahun beroperasi, buat kali pertamanya sesi persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mak Mandin di sini akan  dijalankan dalam satu sesi sahaja bermula tahun ini.

Iklan

Ia berikutan, bangunan baharu sekolah itu yang siap dibina pada 2016 kini sudah  diberi kelulusan untuk digunakan sekali gus membolehkan seramai 756 murid  dari Tahun Satu hingga Enam dapat bersekolah dalam satu masa.

Iklan

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berkata, sekolah berkenaan  sepatutnya boleh memulakan persekolahan dalam satu sesi lebih awal selepas bangunan itu siap namun berdepan dengan beberapa masalah teknikal.

"Bangunan baharu itu tidak menerima  Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) menyebabkan ia tidak dapat digunakan lebih dua tahun.

"Namun, selepas pelbagai pihak mengambil tindakan untuk mengatasinya akhirnya  perjuangan warga pendidik di sini yang mahu mewujudkan persekolahan dalamsatu sesi terlaksana dan diharap ia sebagai  pemangkin untuk menjadikan sekolah aliran Tamil yang terkemuka di negeri ini,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja di sekolah itu, di sini, semalam.

Blok bangunan baharu tiga tingkat bernilai RM4.2 juta itu dilengkapi 12 bilik  darjah, pusat sumber, pusat rawatan, bilik  kaunseling dan kantin.