Pandemik Covid-19 telah membawa kesan yang amat besar dalam sistem pendidikan negara. Ia membawa perubahan yang ketara di mana perubahan bentuk pengajaran dan pembelajaran telah berubah secara mengejut. Ini menyebabkan sistem-sistem pembelajaran secara atas talian telah diangkat bagi membantu dalam mengatasi masalah ini bagi memastikan para pelajar tidak ketinggalan dalam sesi pembelajaran di fakulti. Salah satu sistem yang diberi tumpuan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) ialah sistem MOOCs. Massive Open Online Courses (MOOCs) adalah satu sistem pembelajaran di mana pelajar atau sesiapa sahaja yang berkaitan dan juga berminat untuk mempelajari sesuatu topik atau subjek melalui pembelajaran atas talian boleh melayari sistem ini dengan mudah. Ini bertepatan dengan apa yang berlaku sekarang iaitu pembelajaran adalah melalui atas talian disebabkan oleh pandemik Covid 19 yang telah merubah cara pembelajaran berbentuk fizikal sebelum ini kepada pembelajaran atas talian.
Pembangun MOOCs boleh memuat naik pelbagai maklumat atau juga video pengajaran sesuatu subjek atau topik yang merangkumi keseluruhan topik tersebut. Nota tambahan, kuiz dan juga penialian kepada setiap topik juga boleh di muatnaik dalam bentuk yang lebih menarik dan mudah di buat dalam talian. Pembangun MOOCs juga perlu memastikan isi kandungan dan juga maklumat yang dimuat naik adalah tepat, terkini dan bertepatan dengan objektif sesuatu subjek.
MOOCs yang telah di bangunkan oleh pembangun yang mempunyai pengetahuan dalam bidang sesuatu bidang yang di bangunkan akan di nilai terlebih dahulu oleh pakar-pakar atau panel-panel yang lebih berpengalaman daripada segi bahasa, isi kandungan dan juga reka bentuk. Ini adalah penting bagi memastikan isi kandungan yang telah dimuat naik menepati objektif yang ditetapkan dalam pembelajaran menerusi sistem MOOCs ini.
Salah satu subjek yang telah dibangunkan untuk pembelajaran melalui sistem MOOCs ini bagi Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Universiti Teknologi Mara adalah Post Harvest Handling and Processing. Subjek ini mempunyai lapan (8) topik dan telah dimuat naik di dalam sistem. Setiap subjek mengandungi video pengajaran, nota tambahan, jurnal dan artikel berkaitan yang terkini, kuiz dan juga penilaian setiap topik. Ini bagi memastikan para pelajar atau sesiapa yang mencuba untuk mempelajari subjek ini lebih faham akan sesuatu topik. Sesi ruang perbincangan juga dibuka bagi memudahkan pelajar untuk bertanyakan soalan kepada para pensyarah atau pembangun atau berkongsi sebarang idea bagi memastikan subjek ini dapat memberi manfaat dan kefahaman kepada pelajar dan semua yang terlibat.
MOOCs untuk subjek ini iaitu Post Harvest Handling and Processing telah menyertai pertandingan ECONDEV 2021 (International e-Content Development Competition) dan telah menerima pingat silver. Para pembangun untuk subjek ini adalah Puan Nur’Amira Binti Hamid, Ts Dr Wan Zuraida Binti Wan Mohd Zain, Dr Noer Hartini Binti Dol Haji dan En Khawarizmi Bin Mohd Aziz. Para pembangun adalah daripada bidang lepas tuai yang mempunyai pengalaman dalam pengajaran subjek ini secara fizikal dan juga pembelajaran atas talian. Dengan adanya pertandingan seperti ini, ia amat membantu meningkatkan semangat para pembangun MOOCs yang mana di kalangan pensyarah untuk memberikan yang terbaik untuk memastikan kandungan yang dimuat naik adalah menarik dan bersesuaian bukan sahaja untuk kegunaan pelajar Fakulti Perladangan Dan Agroteknologi malah juga pelajar universiti lain sama ada di dalam dan luar negara.
Melalui sistem MOOCs ini juga, pembangun untuk subjek Post Harvest Handling and Processing juga memberi pendedahan dan menggalakkan pelajar menyertai persidangan, simposium, inovasi dan juga pembentangan akademik dan juga bukan akademik dengan berkongsi video-video projek yang telah dibuat oleh para pelajar dengan minimum penyeliaan daripada para pensyarah dan ada beberapa projek mereka telah dibentangkan di peringkat simposium antarabangsa dan juga melalui inovasi. Ini dapat memberi gambaran kepada para pelajar untuk lebih bersemangat dalam menghasilkan projek melalui subjek ini dan juga menyertai persidangan dan juga pertandingan inovasi yang diadakan secara fizikal atau atas talian.
Bagi memastikan kelancaran dan juga keberkesanan pembelajaran subjek ini melalui sistem MOOCs, para pembangun subjek ini mengambil pendekatan dengan mencuba kepada pelajar fakulti perladangan terlebih dahulu sebelum diuar-uarkan secara keseluruhan kepada pihak luar.
Penulis: Nur’ Amira binti Hamid