AnaSer III
AnaSer III

Inovasi guru dan murid SK Bandar Baru berjaya raih pelbagai anugerah peringkat antarabangsa

Adlan Farhan Azwan
07 Sep 2022 06:10pm
A
A
A

AnaSer III merupakan salah satu inovasi yang dihasilkan oleh warga Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru, Kuala Selangor, Selangor dengan kerjasama Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam yang bertindak sebagai ejen kawalan pembiakan nyamuk.

Ia dihasilkan daripada formula buah-buahan tanpa sebarang penggunaan bahan terlarang yang sudah terbukti memberi kesan buruk terhadap alam sekitar.

Hasil inovasi ini berjaya mendapat dua anugerah di Virtual Innovation Competition 2021 anjuran UiTM Kelantan iaitu Anugerah Emas dan Anugerah Khas Merit.

Produk AnaSer III yang berfungsi mengawal pembiakan nyamuk.

Bukan itu sahaja, AnaSer III turut menjadi tumpuan utama bagi International Virtual Expo of Innovation Product and System Design 2021 UniMAP Perlis apabila berjaya meraih tiga anugerah iaitu Anugerah Emas, Anugerah Inovasi Terbaik (Impak Sosial) dan Anugerah Khas SRIT.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya SK Bandar Baru telah menampilkan kejayaan inovasi ini dalam penyertaan Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Kecemerlangan SK Bandar Baru dalam bidang inovasi diteruskan lagi menerusi guru-gurunya yang berjaya membangunkan My BP.

My BP adalah satu papan permainan yang mempunyai enam permainan berbeza antaranya Roda Impian, Dam Ular dan Sahibul.

Produk My BP yang merupakan hasil inovasi guru-guru SK Bandar Baru Kuala Selangor.

Ia dilengkapi dengan bahan kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mengikut subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam.

Secara keseluruhannya, pembudayaan inovasi yang diterapkan di SK Bandar Baru telah berjaya mengharumkan nama sekolah sehingga ke peringkat antarabangsa dan seterusnya berjaya melahirkan ramai murid-murid yang berbakat dalam bidang inovasi.

Artikel berkaitan

Bimbingan guru ICT SMK Kuala Perlis pupuk bakat pelajar dalam bidang inovasi

Sistem pengurusan sekolah yang teratur, faktor kejayaan SK Sungai Rasau

Dedikasi Cikgu Wan Azrina bantu julang nama SMK Kubang Kerian


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan