Rekorder-SK-Senawang
Rekorder-SK-Senawang

Kemahiran murid SK Senawang bermain alat muzik dapat pengiktirafan

Adlan Farhan Azwan
21 Jul 2022 02:33pm
A
A
A

Kemahiran bermain alat muzik rekorder oleh murid-murid Sekolah Kebangsaaan (SK) Senawang, Seremban, Negeri Sembilan telah berjaya mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak.

Penyertaan sekolah ini pada Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB) menyaksikan murid-murid memanfaatkan alat muzik rekorder dalam silibus Pendidikan Muzik.

Hasilnya, hampir semua murid yang terdiri daripada Tahun Tiga sehingga Tahun Enam mempunyai kemahiran meniup rekorder dengan baik.

[embed]https://youtu.be/znyFpbBoDMU[/embed]

Murid-murid didedahkan dengan pembelajaran meniup rekorder di bawah bimbingan Guru Muzik SK Senawang, Cikgu Kamarul Shahril Kamarudin sehingga berjaya mendapat perhatian pengguna laman media sosial dan media arus perdana seperti di televisyen dan radio.

Kemahiran yang dipamerkan oleh murid-murid sekolah ini secara tidak langsung turut membuka minda rakyat Malaysia tentang keupayaan alat muzik rekorder yang mampu memainkan pelbagai jenis lagu.

Sebelum ini, SK Senawang juga sering melakar kejayaan di pelbagai pertandingan termasuklah Pertandingan Rekorder Ensemble Peringkat Negeri.

Apabila Covid-19 melanda, Cikgu Kamarul mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas rekorder secara dalam talian menerusi saluran YouTube.

Di samping itu, Cikgu Hamidah Mat turut berjaya menaikkan nama sekolah dengan kejayaan beliau di pertandingan inovasi antaranya:

1. Anugerah Terbaik secara keseluruhan dan Anugerah Emas bagi Innovation and Design Expo 2021, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).

2.. 2 Anugerah Emas dan satu Anugerah Perak bagi International Virtual Expo of Innovation Product and System Design 2021 (In-ViDE 2021), Universiti Malaysia Perlis (UMP).

Secara keseluruhannya, SK Senawang mampu memberi persaingan sihat dengan penyertaan sekolah-sekolah yang lain.

Artikel berkaitan

Transformasi Digital SK Bukit Rimau, tingkatkan produktiviti dan kemahiran penggunaan teknologi

Dua kali juarai Pertandingan Mobile Legend, SK Kampung Lindungan bersaing dalam ASSSB

Kelab Junior AFS Antarabudaya Malaysia antara faktor SK Seksyen 13, Shah Alam sertai ASSSB

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan