sk-kg-simunul
sk-kg-simunul

Kejayaan SK Kampung Simunul, hasil kecemerlangan pengurusan sekolah

Adlan Farhan Azwan
07 Sep 2022 03:18pm
A
A
A

5 Anugerah Sambulayang, Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna yang diterima pada tahun lalu merupakan antara kejayaan yang dilakar Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Simunul, Semporna, Sabah.

Merupakan hasil daripada kecemerlangan para guru dalam aspek pengurusan sekolah, kejayaan ini sekali gus menjadi kekuatan buat sekolah ini untuk menyertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Selain lima Anugerah Sambulayang, antara anugerah lain yang pernah diterima SK Kampung Simunul ialah Anugerah Pencapaian Tertinggi Pemanis, Anugerah Pengurusan Hal Ehwal Murid Cemerlang (Sekolah Rendah) dan Anugerah Lonjakan Tertinggi Pengurangan Data Murid Pemulihan.

Dalam masa yang sama, SK Kampung Simunul turut melakar pelbagai kejayaan dalam bidang inovasi menerusi salah seorang gurunya, Cikgu Nashiha Mad Jasi.

Antara kejayaan beliau ialah menerima Pingat Emas bagi Anugerah Guru Inovatif 2021 (Kategori Kumpulan SK) Peringkat PPD Semporna dan Anugerah Inovasi inSEC 2021 Zon Tenggara 2021 Peringkat PPD Tawau.

Kecemerlangan sekolah ini diteruskan lagi oleh muridnya, Datu Mohammad Khairie Salbador yang dinobatkan Johan Nyanyian Solo (Kategori Pelajar Sekolah Rendah) anjuran Peringkat PPD Semporna 2021 sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Kejayaan ini menjadi pembakar semangat buatnya untuk menyertai E-Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Kerohanian kategori Lelaki- Sekolah Rendah sempena Festival Kesenian Islam Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2021.

Ternyata, SK Kampung Simunul berjaya membuktikan pengurusan sekolah yang teratur mampu memberi kesan kepada perkembangan murid-murid dan seterusnya melakar pelbagai kejayaan.

Artikel berkaitan

Konsep JERI, kunci utama kejayaan SMK Hang Kasturi

Kecekapan sistem pengurusan SK Puchong Jaya 2, usaha ke arah kemenjadian murid

Keunikan Anggun Gemersik Tari berjaya gilap bakat murid-murid SK Serendah dalam bidang seni persembahan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan