kuses2
kuses2

Pembelajaran kondusif matlamat SMK Kajang Utama, sentiasa pacu kecemerlangan pelajar

Nor Azma  Muhamat Laila
25 Jul 2022 09:26am
A
A
A

Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama (KUSeS), Kajang, Selangor memilih menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif untuk pelajar dalam usaha menjadikan sesi persekolahan lebih seronok dan santai.

Dalam masa yang sama, sekolah berkenaan turut memberi penekanan kepada amalan membaca dalam kalangan pelajar dengan mewujudkan ruang khusus yang dikenali sebagai KUSeS Rest and Read (RnR).

Ruang rehat santai yang terletak di salah satu sudut di kantin sekolah berkenaan disediakan bagi memberi pilihan kepada pelajar untuk berehat sambil mengulang kaji pelajaran dan mendapatkan maklumat melalui Smart TV yang disediakan.

Selain itu, KUSeS yang menyertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T (ASSSB) di bawah kategori Sekolah Menengah - Bandar juga mengambil manfaat daripada perkembangan teknologi dengan mewujudkan hub digital dan menjalankan projek usahasama Yayasan Peneraju, Apple Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Hub digital diwujudkan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru melalui aplikasi digital secara kerap dan optimum manakala projek usahasama itu bertujuan memberi pengetahuan baharu tentang teknologi iOS bagi memudahkan proses pembelajaran.

Semua usaha ini tidak akan terlaksana tanpa komitmen dan usaha daripada pihak pentadbir, guru-guru dan pelajar KUSeS yang tidak pernah jemu membantu sekolah mencapai kejayaan di pelbagai peringkat.

Antara kejayaan yang berjaya diraih KUSeS ialah pemenang keseluruhan Kolokium Amalan Terbaik Pengetua dan Guru Besar, Sekolah Daerah Hulu Langat 2021, Ikon Guru Kaunseling Peringkat Kebangsaan 2021 (Cikgu Nor Azita Buyong) dan Cikgu Mohd Shyakir Mokhtar terpilih menjadi Apple Professional Learning Provider pada 2020.

Pelajar-pelajar KUSeS juga tidak kurang hebatnya apabila turut berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai acara dan pertandingan.

Muhammad Haiman Danish Mohd Sumardi dinobatkan sebagai Juara Negeri Selangor merangkap wakil Negeri Selangor dalam kategori e-hafazan Karnival eMahabbah selama tiga tahun berturut-turut (2020, 2021 dan 2022).

Nur Fatihah Hairuan, Alyaa Safiyyah Ramlee dan Muhd Haiqal Danish Abdullah dipilih sebagai pemenang acara merentas desa peringkat daerah dan akan mewakili ke peringkat negeri.

Nur Aqilah Abdullah - Johan Persembahan Terbaik (Perempuan), Kem Daei Pena Muda Peringkat Negeri Selangor 2022.

Ternyata kecemerlangan guru-guru dan pelajar digabungkan dengan usaha bersungguh-sungguh daripada pihak sekolah dalam menganjurkan pelbagai program di peringkat sekolah boleh memacu kepada kecemerlangan semua warga KUSeS.

Artikel berkaitan

Sediakan ruang RnR di sekolah, SMK Kajang Utama sokong konsep Sekolahku SEJAHTERA

Bimbing pelajar buat pilihan, Cikgu Nor Azita guna pengalaman 22 tahun sebagai guru bimbingan dan kaunseling

“SUTAMA dikenali bukan kerana saya seorang tetapi ia hasil kerja berpasukan”


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan