SK IBRAHIM
SK IBRAHIM

SK Ibrahim buktikan kecemerlangan dalam pelbagai aktiviti kokurikulum

Norliza Wasilan
26 Aug 2022 05:42pm
A
A
A

Sekolah Kebangsaan (SK) Ibrahim, Sungai Petani, Kedah, berjaya lahirkan murid dan guru yang mempunyai kecemerlangan dalam pelbagai aktiviti kokurikulum.

Pencapaian itu dibuktikan menerusi beberapa anugerah yang diterima sepanjang tahun lalu hingga tahun ini.

Ra’if Rayyan Hafif Haris Fadzlan antara murid yang membanggakan sekolah apabila mewakili Malaysia sebagai Junior Ambassador to Represent Malaysia for the Bridge Virtual Summer Camp yang dianjurkan Asian Pacific Children’s Convention (APCC) 2021 peringkat antarabangsa.

Dia juga menjadi juara keseluruhan Thomasian Widad Coop Bank Pertama Digital Fest Sekolah Berprestasi Tinggi peringkat kebangsaan.

Bukan itu sahaja, Raif Rayyan juga aktif dalam bidang sukan apabila meraih pingat emas sukan renang kategori gaya dada X50 di Kejohanan Renang Tertutup Kedah 2022.

Seorang lagi pelajar, Muhammad Adam Firdaus turut membanggakan SK Ibrahim apabila menang pingat perak bagi pertandingan Eurasian Spelling Bee Compatition 2021 daripada sejumlah 5,485 penyertaan peringkat antarabangsa.

Syafiq Darwish turut membuktikan kecemerlangannya dalam kokurikulum apabila menerima Anugerah Khas Pelakon Terbaik Sekolah Rendah Sayembara Teater Mono Online peringkat negeri Kedah sempena Karnival Kesenian 2021.

Dia juga diangkat menjadi johan Kategori Lelaki bawah 12 Tahun dalam Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Negeri Kedah 2022.

Selain itu, guru sekolah berkenaan, Zaheera Ibrahim turut mempunyai rekod cemerlang apabila dinobatkan sebagai johan Guru Cemerlang Kokurikulum negeri Kedah 2021 dan Anugerah Emas Sayembara Deklamasi Puisi Artistik peringkat kebangsaan, tahun lalu.

Pada masa yang sama, beliau juga adalah jurulatih Seni Budaya Negara serta Seni Kebangsaan dan Teater (modul seni cemerlang).

Tidak hanya murid dan guru saja, SK Ibrahim juga cemerlang apabila dipilih untuk melasanakan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 6 tahun 2021.

Berikutan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang, maka ia menjadi sandaran untuk SK Ibrahim menyertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Artikel berkaitan

Kejayaan pelajar dan guru suntik semangat SMK Dato’ Sulaiman sertai ASSSB

Dua kali juarai Pertandingan Mobile Legend, SK Kampung Lindungan bersaing dalam ASSSB

Kelab Junior AFS Antarabudaya Malaysia antara faktor SK Seksyen 13, Shah Alam sertai ASSSB


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan