No Image Caption

Buli siber: Luka tanpa suara

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
02 Mar 2026 12:00am

Di sebalik kemajuan teknologi dan dunia tanpa sempadan, murid hari ini membesar dalam persekitaran digital yang sentiasa 'hidup' siang atau malam.

Telefon pintar, kumpulan WhatsApp kelas dan media sosial bukan lagi sekadar ruang hiburan tetapi menjadi tempat mereka bergaul, berkongsi cerita dan mencari identiti diri.

Namun dalam keghairahan itu, wujud sisi gelap yang sering dipandang ringan iaitu buli siber.

Berbeza dengan buli fizikal yang nampak dek mata kasar, sebaliknya buli siber berlaku secara senyap tetapi impaknya jauh lebih mendalam.

Sindiran di ruangan komen, penyebaran gambar memalukan, mesej menghina atau memulaukan rakan dalam kumpulan online menghantui emosi murid sepanjang masa.

Lebih membimbangkan, mangsa tidak mempunyai 'tempat selamat' untuk melarikan diri kerana serangan berlaku di hujung jari, setiap masa dan di mana sahaja.

Ikuti kupasan Sinar Bestari mengenai sejauh mana buli siber menghantui diri murid sekalian. Shhhhh!

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Murid hari ini membesar dalam persekitaran digital yang sentiasa 'hidup'
  • Telefon pintar dan media sosial menjadi tempat bergaul dan mencari identiti
  • Buli siber berlaku secara senyap dengan impak mendalam
  • Sindiran, penyebaran gambar memalukan dan mesej menghina hantui emosi murid
  • Mangsa buli siber tidak mempunyai 'tempat selamat' kerana serangan berlaku di mana-mana
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp