Bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2026 yang dijangka diraikan pada 21 Mac (Sabtu) dan 22 Mac (Ahad), KPM telah memperuntukkan cuti tambahan khas kepada warga sekolah di seluruh negara.
Bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2026 yang dijangka diraikan pada 21 Mac (Sabtu) dan 22 Mac (Ahad), KPM telah memperuntukkan cuti tambahan khas kepada warga sekolah di seluruh negara.

KPM beri cuti tambahan sempena Aidilfitri 2026! Kumpulan A dapat 1 hari; Kumpulan B 2 hari & Cuti Penggal 1 cecah 9 hari

02 Mar 2026 02:33pm

Setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan cuti tambahan sempena perayaan utama yang disambut masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Menerusi Kalendar Akademik Sesi 2026, antara perayaan yang diberikan cuti tambahan termasuk Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas bagi memberi ruang kepada guru serta pelajar membuat persiapan bersama keluarga.

Bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2026 yang dijangka diraikan pada 21 Mac (Sabtu) dan 22 Mac (Ahad), KPM telah memperuntukkan cuti tambahan khas kepada warga sekolah di seluruh negara.

Berdasarkan kalendar akademik tersebut, sekolah Kumpulan A melibatkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mula bercuti pada 19 Mac (Khamis).

Manakala sekolah Kumpulan B yang merangkumi Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula menikmati cuti tambahan selama dua hari iaitu pada 19 Mac (Khamis) dan 20 Mac (Jumaat).

No Image Caption

Lebih menggembirakan, cuti perayaan Aidilfitri ini turut bersekali dengan Cuti Penggal 1, sekali gus membolehkan pelajar menikmati tempoh rehat yang lebih panjang.

Bagi Kumpulan A, cuti penggal berlangsung selama sembilan hari bermula 20 Mac hingga 28 Mac, manakala Kumpulan B pula bercuti dari 21 Mac hingga 29 Mac.

Artikel Berkaitan:

Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga pendidik, pelajar serta ibu bapa.

Gunakan masa cuti sebaiknya dengan bergembira bersama keluarga, namun jangan dilupakan buku dan tugasan sekolah.

 

 

Ringkasan AI

  • Kementerian Pendidikan Malaysia memperuntukkan cuti tambahan sempena perayaan utama
  • Antara perayaan yang diberikan cuti tambahan adalah Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas
  • Hari Raya Aidilfitri tahun 2026 menikmati cuti tambahan khas bagi warga sekolah di seluruh negara
  • Sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B bercuti pada tarikh yang berbeza disebabkan sambutan Hari Raya Aidilfitri
  • Cuti perayaan Aidilfitri ini bersekali dengan Cuti Penggal 1 menyebabkan pelajar menikmati tempoh rehat yang lebih panjang
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp