Tadarus al-Quran dilaksanakan dengan bimbingan ustaz atau ustazah semasa waktu rehat.
Tadarus al-Quran dilaksanakan dengan bimbingan ustaz atau ustazah semasa waktu rehat.

Pupuk cinta al-Quran sejak kecil

SK Bandar Baru Sintok hidupkan Ramadan, ganjaran hebat berjaya khatam al-Quran

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
16 Mar 2026 12:25pm

Bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan menjadi waktu terbaik memperkukuh nilai kerohanian dalam diri setiap individu khususnya murid sekolah.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, Mohd Nizam Saidin berkata, pelaksanaan program Ihya’ Ramadan menjadi platform penting bagi menghidupkan suasana ibadah sekali gus menyemai kecintaan terhadap amalan-amalan mulia.

Menurutnya, sekolah mengambil inisiatif menyemarakkan lagi bulan ini melalui pelbagai aktiviti kerohanian yang memberi pengisian bermakna kepada murid dan warga sekolah.

“Selepas seminggu cuti persekolahan, program diteruskan dengan aktiviti tadarus al-Quran yang diadakan pada waktu rehat.

Pertandingan hafazan dilaksanakan dengan para guru sebagai juri.
Pertandingan hafazan dilaksanakan dengan para guru sebagai juri.

“Murid menyertai tadarus ini secara berkumpulan di bawah bimbingan ustaz dan ustazah.

“Aktiviti ini bukan sahaja menghidupkan suasana Ramadan di sekolah, malah memupuk rasa cinta terhadap al-Quran dalam kalangan murid sejak usia muda,” katanya kepada Sinar Bestari.

Melalui kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab, Program Fitrah Insani (Ihya’ Ramadan) dilancarkan pada 12 Februari lalu, bagi mendidik murid menghayati nilai dan pengertian Ramadan secara lebih mendalam.

Artikel Berkaitan:

Bagi menambahkan kemeriahan program, ujar Mohd Nizam, beberapa pertandingan turut dianjurkan seperti hafazan dan azan.

“Pertandingan ini mendapat sokongan komuniti setempat yang turut menyumbang hadiah kepada pemenang,” katanya lagi.

Menariknya, Mohd Nizam berkata, program baharu, Saham Wahyu Ilahi diperkenalkan dengan ganjaran RM10 kepada murid yang berjaya meningkat daripada bacaan Iqra’ kepada al-Quran atau khatam al-Quran.

Pemberian wang tunai sejumlah RM10 sebagai ganjaran kepada murid-murid yang berjaya khatam al-Quran.
Pemberian wang tunai sejumlah RM10 sebagai ganjaran kepada murid-murid yang berjaya khatam al-Quran.

“Setakat ini, seramai 36 murid telah mencapai sasaran program tersebut.

“Usaha ini membuktikan bahawa Ramadan menjadi medan terbaik membina sahsiah dan memperkasakan penghayatan al-Quran dalam jiwa generasi muda,” ujarnya.

Ringkasan AI

  • Bulan Ramadan menjadi waktu terbaik memperkukuh nilai kerohanian bagi individu khususnya murid sekolah
  • Pelaksanaan program Ihya' Ramadan di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok adalah platform penting untuk menghidupkan suasana ibadah dan menyemai kecintaan terhadap amal mulia
  • Sekolah mengadakan aktiviti tadarus al-Quran pada waktu rehat di bawah bimbingan ustaz dan ustazah untuk memupuk rasa cinta terhadap al-Quran di kalangan murid
  • Program Fitrah Insani (Ihya' Ramadan) dilancarkan untuk mendidik murid menghayati nilai dan pengertian Ramadan, dengan sokongan dari Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab
  • Diperkenalkan program Saham Wahyu Ilahi dengan ganjaran kewangan kepada murid yang meningkat bacaan dari Iqra' kepada al-Quran atau khatam al-Quran, serta adanya pertandingan hafazan dan azan dengan sokongan komuniti setempat
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp