
Duit raya, ilmu wang
Setiap kali Syawal menjelma, sampul berisi duit raya menjadi antara detik paling dinanti-nantikan oleh anak-anak.
Wajah ceria, tangan kecil yang tidak sabar membuka sampul dan bunyi kiraan wang sering mewarnai kemeriahan hari raya.
Namun bagi murid, duit raya bukan sekadar simbol kegembiraan Aidilfitri.
Ia juga boleh menjadi peluang awal untuk belajar mengenal nilai wang dan mengurus perbelanjaan sendiri.
Ada yang terus membeli barangan diidamkan, manakala sebahagian lagi memilih untuk menyimpan sebagai tabungan masa hadapan.
Dengan dorongan ibu bapa atau guru-guru yang betul, duit raya boleh menjadi langkah pertama membina disiplin kewangan murid-murid sejak di bangku sekolah.
Sempena bulan yang dinanti-nantikan ini, Sinar Bestari cuba untuk membantu murid-murid menguruskan duit raya dengan lebih bijak.
Jom, kira duit raya!
Ringkasan AI
- Setiap kali Syawal menjelma, sampul berisi duit raya menjadi detik paling dinanti-nantikan oleh anak-anak
- Wajah ceria dan tangan kecil yang tidak sabar membuka sampul serta bunyi kiraan wang mewarnai kemeriahan hari raya
- Namun, duit raya bukan sekadar simbol kegembiraan Aidilfitri bagi murid
- Ia boleh menjadi peluang awal untuk belajar mengenal nilai wang dan mengurus perbelanjaan sendiri
- Dorongan ibu bapa atau guru-guru boleh menjadikan duit raya langkah pertama membina disiplin kewangan murid-murid sejak di bangku sekolah
