Guru yang dipercayai melanggar pelajar Tingkatan Satu sehingga maut direman selama dua hari bermula Isnin.
Guru yang dipercayai melanggar pelajar Tingkatan Satu sehingga maut direman selama dua hari bermula Isnin.

Guru langgar pelajar Tingkatan Satu direman dua hari

HAZELEN LIANA KAMARUDINHAZELEN LIANA KAMARUDIN
13 Apr 2026 11:08am

Guru yang dipercayai melanggar seorang pelajar Tingkatan Satu sehingga maut di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan pada Ahad direman selama dua hari.

Perintah tahanan reman ke atas wanita berusia 57 tahun itu bermula pada Isnin dan dikeluarkan oleh Majistret Wan Mohd. I’zzat Wan Abdullah.

Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, guru berkenaan tiba di mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman pada jam 8.40 pagi.

Dia yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di mahkamah dengan menaiki trak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp