Bagi mereka, pertandingan tersebut bukan sekadar medan persaingan, tetapi peluang untuk menguji kemampuan diri, menimba pengalaman serta membawa nama institusi ke tahap lebih tinggi. Foto: Facebook TVET MARA Pasir Mas
Bagi mereka, pertandingan tersebut bukan sekadar medan persaingan, tetapi peluang untuk menguji kemampuan diri, menimba pengalaman serta membawa nama institusi ke tahap lebih tinggi. Foto: Facebook TVET MARA Pasir Mas

Anak muda TVET MARA Pasir Mas sedia gegar WorldSkills Malaysia 2026

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
12 May 2026 02:45pm

Empat pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas (TVET MARA Pasir Mas), Kelantan membuktikan bahawa anak muda TVET juga mampu berdiri megah di pentas berprestij apabila terpilih ke Pertandingan Akhir WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) dan WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) bagi kategori Digital Construction.

Pertandingan yang bakal berlangsung pada 17 hingga 20 Mei 2026 di MYBIM Centre, Kuala Lumpur itu menjadi medan penting buat mereka menonjolkan kemahiran, bakat dan kemampuan sebenar dalam bidang teknikal serta vokasional.

Pelajar yang membawa cabaran TVET MARA Pasir Mas ialah Iwani Dania Apzainizam, Mohamad Daniel Afiq Mohamad Roysel, Nurhuda Amalin Mohd Zulhabri dan Muhammad Eizz Fitri Badrul Hisham.

Turut menyertai pertandingan tersebut ialah Noor Izzah Ibrahim yang mewakili WSMP, juga kategori sama.

Lebih membanggakan, kejayaan melangkah ke peringkat akhir pertandingan itu hadir hasil usaha gigih, latihan berterusan dan semangat tidak mudah mengalah dalam menguasai bidang kemahiran masing-masing.

Bagi mereka, pertandingan tersebut bukan sekadar medan persaingan, tetapi peluang untuk menguji kemampuan diri, menimba pengalaman serta membawa nama institusi ke tahap lebih tinggi.

Untuk rekod, WSMB merupakan pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan yang dianjurkan setiap tahun bagi memilih dan mengiktiraf belia atau pekerja mahir yang mempunyai kemahiran unggul dalam bidang tertentu.

Manakala WSMP pula merupakan pertandingan khusus untuk tenaga pengajar TVET daripada sektor awam dan swasta yang bertujuan meningkatkan standard pengajaran serta memastikan kemahiran pengajar sentiasa selari dengan kehendak industri semasa.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp