Pada tahun ini, seramai 52,810 pelajar Tingkatan Enam baharu di 616 PTE di seluruh negara akan menerima BAP bernilai RM150 setiap seorang. Gambar hiasan
Pada tahun ini, seramai 52,810 pelajar Tingkatan Enam baharu di 616 PTE di seluruh negara akan menerima BAP bernilai RM150 setiap seorang. Gambar hiasan

96,013 pelajar Tingkatan 6 terima Bantuan Awal Persekolahan dengan peruntukan keseluruhan RM14.4 juta

09 Jul 2026 01:46pm

Seramai 96,013 pelajar Tingkatan Enam dari kalangan pelajar baharu dan sedia ada akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 dengan jumlah peruntukan RM14.4 juta, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan, pada tahun ini, 52,810 pelajar Tingkatan Enam baharu di 616 Pusat Tingkatan Enam (PTE) di seluruh negara akan menerima BAP bernilai RM150 setiap seorang.

"Agihan BAP kepada pelajar Tingkatan Enam baharu dilaksanakan oleh PTE dari 28 Jun sehingga 27 Julai.

"KPM meneruskan pelaksanaan agihan BAP kepada pelajar Tingkatan Enam baharu yang telah mendaftar pada 8 Jun selaras dengan kelulusan peluasan pemberian BAP kepada pelajar Tingkatan Enam sejak tahun lalu," menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan, peluasan pemberian BAP itu mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI bagi meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam melakukan persediaan keperluan persekolahan

"Inisiatif ini juga membuktikan komitmen jitu kerajaan untuk terus memperkasakan pendidikan Tingkatan Enam," menurut kenyataan itu. - Bernama 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp