Jabatan itu menegaskan komitmennya untuk terus memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan semua pelajar, guru serta warga institusi pendidikan di bawah seliaannya sentiasa menjadi keutamaan. Gambar hiasan
Jabatan itu menegaskan komitmennya untuk terus memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan semua pelajar, guru serta warga institusi pendidikan di bawah seliaannya sentiasa menjadi keutamaan. Gambar hiasan

Buli? JPN Perlis tegas, tiada kompromi

20 Jul 2026 12:35pm

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku buli di institusi pendidikan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.

JPN Perlis dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan pihaknya memandang serius dakwaan melibatkan insiden seorang pelajar yang dipercayai menjadi mangsa buli sehingga mengalami kecederaan di sebuah sekolah di negeri itu.

Menurut kenyataan itu, kebajikan mangsa turut diberi perhatian sepenuhnya bagi memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraannya terus terpelihara sepanjang siasatan dijalankan.

"Masyarakat juga diseru supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak tepat kerana ia boleh mengganggu proses siasatan," menurut kenyataan tersebut.

JPN Perlis turut memaklumkan pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan kes berkenaan.

Pada masa sama, jabatan itu menegaskan komitmennya untuk terus memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan semua pelajar, guru serta warga institusi pendidikan di bawah seliaannya sentiasa menjadi keutamaan.

Terdahulu, polis mengesahkan penahanan tiga pelajar lelaki Tingkatan Satu dari sebuah sekolah menengah di Kangar yang disyaki membuli seorang rakan sebaya sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada Khamis. 

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.27 malam Khamis.

Menurut beliau, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian buku lali kiri akibat insiden berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ketiga-tiga pelajar terbabit telah ditahan reman sehingga Sabtu, bagi membantu siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang.

Kes berkenaan sekali lagi mengingatkan semua pihak mengenai kepentingan mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bebas daripada budaya buli dan sebarang bentuk keganasan demi kesejahteraan warga sekolah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp