
Di mana Qaseh Adriyana?
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilapor hilang sejak Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, remaja berusia 13 tahun itu ialah Qaseh Adriyana Zainal Abidin.
"Laporan kehilangan remaja itu dibuat ibunya kira-kira jam 5.25 petang pada hari kejadian.
"Butiran fizikal remaja itu berketinggian kira-kira 150 sentimeter, berat 48 kilogram dan kulit sawo matang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil di mana-mana balai polis berdekatan.
Katanya, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Nursyaza Farhah Samhairi di talian 017-6919817.