Mengapa PAJSK penting kepada pelajar?
Dua puluh tahun lalu, para pelajar sekolah berlumba-lumba aktif dalam ko-kurikulum membabitkan persatuan, badan beruniform mahupun aktiviti sukan.
Kini, ia berubah mengikut peredaran zaman yang mana sudah tiada lagi istilah koko atau kokurikulum.
Aktiviti yang antaranya menggantikan peperiksaan ini disebut sebagai Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Masih ramai juga khasnya ibu bapa tidak faham apa itu PAJSK, mengapa pula ia boleh menggantikan peperiksaan dan mencorak masa depan anak-anak mereka?
Prihatin dengan situasi itu, Sinar Bestari bawakan seorang guru dan dua pelajar bagi memberi pencerahan mengenai PAJSK dalam sektor pendidikan negara.
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok